Blogger news

Ahad, Februari 28, 2010

ANTARA






ANTARA neraka dan syurga..ANTARA dosa dan pahala..ANTARA halal dan haram..ANTARA cinta dunia dan cinta akhirat...ANTARA nafsu dan iman...ANTARA realiti dan fantasi...

*************************************************************************************

Sebuah KARYA EIRMA FATIMA dan arahan ELLY SURIATY bersama lakunan hebat NASHA AZIZ, FAHRIN AHMAD, HARYANTO, ANNE ABDULLAH dan lain lain lagi manakala JAMAL ABDILLAH, ZIANA ZAIN, HATTAN, LAN TYPWRITTER, WANA, IQWAL, AHDAN akan hiburkan anda dengan lagu-lagu popular Arjuna, Laskar Cinta, Mentari Di Ufuk Timur, Melawan Ar...us, Istana Menanti, Kepadamu Kekasih, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Pintu Rindu, Meniti Titian Usang dan banyak lagi....

Konsep persembahan ini adalah sebuah Pantomin. Nyanyian dan lakonan akan digabungkan didalam sebuah penceritaan yang menarik. Antara … mengisahkan perjalanan awal kejadian manusia. Nabi Adam (as) dan Hawa. Ia juga akan menyentuh perjalanan kehidupan manusia; dari kelahiran, alam hayat, alam baqa, syurga dan neraka.

Adam dan Hawa memulakan kehidupan mereka di alam syurga, tetapi kerana tergoda dengan hasutan iblis, keduanya terlontar ke bumi. Di alam dunia, iblis terus meraja dan manusia berpalit dengan noda dan dosa. Yang lemah imannya akan hanyut dan tewas, manakala yang kental imannya akan berjaya mempertahankan akidahnya.Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Di alam barzakh segala dosa dan pahala akan diperhitungkan. Dari alam barzakh, manusia akan berpindah ke Padang Masyar dan setiap orang akan melalui titian siratul mustaqim. Amal dan pahalalah yang akan menentukan syurga dan neraka.

*************************************************************************************
assalamualaikum dan salam 1 malaysia

ehemm dah lama rasanyer aku tak update my blog ni..bukannyer apa..oleh kerana sangattt laaaa'rajin' aku ini..hahahahahaaaa....ape nak jadik ni..

hari ni aku ngan adik2 ku pergi menonton teater ANTARA....aku rasa rugi la kalau sesiapa tak pegi tengok teater ni...memang sangat bagus...memang anda tak rugi kalau pergi menonton..pasti ada sesuatu yg anda boleh dapat dan nampak...

Tiada ulasan: