Blogger news

Sabtu, Disember 05, 2009

~PAPADOM~


huhuhuhuh....aku layan DVD ajeee tengah memalam sabtu ni...DVD pertama citer PAPADOM..best gak citer ni...tengok jangan tak tengok..ade mesej dlm citer ni...aku nak ckp pon tak reti..kat bwh ni ader sinopsis citer ni..dipetik dari cni..dan juga OST lagu ni..MIA SARA amik kat youtube...dan di saat ini pon aku tngak ninguk citer SETEM..huhuh~

Sinopsis Filem PapaDom:


Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya.
Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Judul: PapaDom

Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)