Blogger news

Isnin, Oktober 26, 2009

tanda2 dia dah tak suka kamu =(

Tanda anda akan kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup anda, berdasarkan kajian pakar adalah seperti berikut.
Selalunya ia adalah gentian kepada “anda tidak lagi diperlukan” ataupun wanita itu sudah bertemu dengan mereka yang boleh menggantikan anda:

1) layanan dingin – enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan ‘sibuk’

2) Pemarah / mencari salah – kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian mengelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya-tanya?

3) Alasan tak logik – enggan luangkan masa dengan anda sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda.

4) Berahsia – Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka melihat mobile bag atau barangan peribadi yang lain.

5) Panggilan misteri – Kerap dengan urusan kerja – overtime, outstation, gym, kecemasan dan menemani bos katanya. Perbualan telefon dengan si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat jawapannya.

6) Penampilan berubah – lain tingkah lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.

7) Masalah duit – tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga(bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email dan lain-lain.

8) Kemesraan hilang – dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita / mendengar isu remeh, tiada kata-kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu. Tiada buah tangan sebagai tanda ingatan!

9) Teman2 lari – kawan baiknnya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.

10) Naluri – tiba-tiba mengesyaki sesuatu yang tidak kena tapi tiada bukti atau petanda sahih! Perhubungan semakin lama semakin renggang jadinya.

[sumber : koleksicinta.blogspot.com]