Blogger news

Selasa, Jun 30, 2009

Amaran Penipuan : Emel Palsu

*melampau betul la sape yg anta email cam tu..(marah)...


Warga TM sekalian,

TM ingin mengumumkan kepada para pengguna Streamyx bahawa terdapat mesej emel yang tidak sah yang mendakwa ia dikeluarkan oleh TM Net. Emel ini meminta para pelanggan untuk memberi maklumat akaun Streamyx mereka seperti nama pengguna dan kata laluan atas sebab-sebab pengesahan.

Emel ini TIDAK dikirimkan dari mana-mana sumber TM – ianya adalah satu percubaan untuk menyeleweng bagi mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda. TM tidak pernah meminta para pelanggan kami menyerahkan maklumat seperti ini menerusi emel.

Pendedahan maklumat peribadi seperti ini mungkin disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan akaun anda bagi melanggani perkhidmatan online yang perlu dibayar dan pendedahan maklumat sulit secara haram. Para pelanggan TM dinasihati untuk melindungi nama pengguna dan kata laluan anda untuk memastikan ianya tidak digunakan oleh pihak lain atau pihak ketiga/golongan tidak bertanggungjawab untuk mengakses akaun anda.

Sebagai langkah pencegahan, kami ingin menasihati para pelanggan kami yang menerima emel seperti ini supaya memadamkannya dengan segera. JANGAN sekali-kali membalas emel seperti ini dan JANGAN klik pada pautan yang terpapar di dalamnya. Sementara itu, kepada pelangggan yang telah membalas emel ini dan memberi maklumat peribadi anda seperti yang diminta, kami menggesa anda agar menukar kata laluan anda dengan segera.

Untuk bantuan tentang bagaimana menukar kata laluan anda, sila layari www.tm.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di 100 atau emel help@tm.com.my.

Terima kasih.

Bagi pihak Fraud Management

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telekom Malaysia Berhad

Kerispatih – Demi Cinta

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku

walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta

akhirnya juga harus kurelakan
kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku

jika memang ini yang terbaik
untuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta

jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya