Blogger news

Jumaat, April 03, 2009

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat


p/s: tertarik dengan artikel nie, bukan saja sahabat bahkan keluarga juga.


TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.


Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.- Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.- Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.- Mencari sahabat pada waktu susah.Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.(kalau susah mereka menjauhkan diri, takut kita banyak minta simpati tapi kalau kita senang sikit mereka sakit hati - wahai sahabat dan keluarga sendiri)- Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.(kalau kita hidup dalam kebahagian memang begini, ada saja kata nista yang tak tahu dari mana asalnya kesilapan kita ini, kalau ada terlebih sedikit rezeki macam macam dah dicaci, tapi kalau hidup derita tak ada orang nak tanya - wahai sahabat dan keluarga sendiri )- Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.(sebab itu lebih baik kita menyepi diri dari bergaul dengan orang macam ini, itupun nanti kita dikata, kita ini sombong diri - wahai sahabat dan keluarga sendiri )



Membangun jiwa ceria

Oleh DR. SIDEK BABACERIA

menggambarkan keadaan yang riang, tenang, bersih dan cantik.

Ceria diibaratkan suasana pada pagi yang cerah, cahaya matahari yang lembut mula menyinari sawah ladang dengan kicau burung yang menghidupkan suasana.

Jiwa yang ceria adalah jiwa yang tidak kusut, tidak berserabut, tidak gelisah dan resah, dan tidak tertekan. Jiwa yang ceria adalah jiwa yang yakin terhadap sesuatu, tabah menghadapi kerenah, ikhlas dalam melakukan amal, tulus dalam menghulurkan bakti, telus dalam berurus.Jiwa ceria mempunyai tempat pergantungan, melalui peristiwa dalam pengertian takdir, melalui kesusahan dalam faham ujian, berusaha disudahi doa, melakukan kesilapan dihujungi muhasabah dan taubat dan sentiasa tenang walaupun di saat krisis.

Anak-anak kecil adalah anak-anak yang selalunya ceria. Mereka suka bermain dan bermanja. Kalau menangis pun untuk menarik perhatian. Suka meniru dan gemar dipuji. Senyum meleret bila dihargai dan terkinja-kinja keriangan apabila dibelikan hadiah dan barang permainan.

Anak-anak di zaman remaja mengalami proses yang berbeza. Khayalan mula tinggi.Cita-cita mula terbit. Angan-angan terlalu banyak. Perasaan dikasihi dan mengasihi mula tumbuh. Suka menarik perhatian dan diberi tumpuan. Gemar berkawan dan meniru benda-benda baru.Suka mencuba dan melakukan perkara-perkara pelik dan terlarang. Suka bergaya dan sering menghabis masa sembang-sembang kosong dan kadang-kadang terjebak dengan salah laku. Remaja di tahap ini tidak kenal bahasa serik. Suka sesuatu yang mencabar dan kadang-kadang tidak merasa menyesal walaupun yang dilakukannya sesuatu yang silap.Memang remaja suka ceria. Tetapi ceria yang bagaimana? Kalaulah keceriaan itu bermakna hiburan dan suka-suka, hiburan yang macam mana dan suka-suka yang seperti apa. Remaja ada akal, ada naluri dan ada nafsu. Remaja ada fikiran, ada perasaan dan ada hati.Sekiranya keceriaan itu dipandu oleh akal mempedoman naluri dan nafsu perlakuan remaja mungkin terarah dan keceriaan yang diterima memberi makna yang tersendiri.

Namun keceriaan yang diterima hasil adanya fikiran yang membentuk perasaan dan dipandu oleh hati, maka pertimbangan baik buruk boleh dijadikan pedoman.

Menghisap rokok umpamanya boleh menjadikan remaja semacam bergaya dan ceria. Ia berlaku atas dorongan naluri. Orang lain merokok remaja pun hendak cuba merokok. Lalu jadi ketagih dan tanpa rokok keceriaan akan hilang dan otak menjadi lesu. Tetapi menghisap rokok tidak boleh memberi keceriaan yang lama. Ketagihan menjadikan remaja terbelenggu.Di samping rokok remaja ingin mencuba yang lain.

Pengaruh kawan kadang-kadang mendorong remaja mencuba dadah. Mengambil dadah ialah jalan pelepas kepada tekanan dan himpitan. Khayalannya tidak kekal dan ketagihan menyebabkan remaja mengulanginya.Tidak cukup dengan wang simpanan usaha menipu dilakukan dan mencuri juga boleh terjadi. Dan akhirnya tubuh kurus kering, minat belajar hilang, kecenderungan berkawan dengan yang senasib semakin tinggi dan akhirnya remaja terjebak dalam ketagihan dadah yang tidak ada jalan kembali.

Ada juga remaja yang membuat keputusan bahawa keceriaan hanya boleh dirasakan sekiranya bergaul secara bebas tanpa batasan sama ada sesama sejenis atau berlainan jenis. Dorongan nafsu-nafsi menjadikan remaja lupa dan akhirnya terjebak dengan salah laku dan zina dan setengahnya menjadi ketagih dan ada juga yang menyesal.

Terdapat juga remaja yang tidak memberikan perhatian kepada pelajaran dan mengatakan belajar kerja yang menyusahkan. Lalu remaja ini memberikan perhatian kepada perkara lain yang menyebabkan pencapaian dalam pelajaran rendah dan tidak kurang juga yang gagal.

KeseronokanGambaran di atas adalah rakaman kisah yang banyak menjebak remaja untuk enjoy supaya makna kegembiraan, keseronokan dan keceriaan hidup dilalui berasaskan dorongan naluri dan emosi bukannya akal dan hati yang murni.

Remaja Islam mencari makna keseronokan, kegembiraan dan keceriaan dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mengamalkan apa yang Allah suruh dan menjauhkan apa yang Allah larang. Seorang remaja yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan sering bertaubat apabila melakukan dosa-dosa kecil akan merasakan ketenangan dan keceriaan yang amat luar biasa. Bila bercakap dia bercakap benar, bila berjanji dia cuba mematuhi janji, bila berkawan memilih kawan yang baik, bila belajar dia berusaha mendapat kejayaan cemerlang.

Remaja Islam akan benar-benar merasakan makna beragama apabila mengambil wuduk menginsafi bukan saja muka, tangan, telinga dan kaki dibersihkan tetapi menghubungkan semua anggota itu dengan apa yang dilihat, dibaca, di tonton, dan diteliti dan ditatap.Menghubungkan telinga dengan apa yang didengar, dibisikkan dan dilagukan. Menghubungkan tangan dengan apa yang ditulis dan dikerjakan dan menghubungkan kaki dengan pergerakan dan perjalanan. Apabila keinsafan mengambil wuduk dihubungkan dengan faktor zahir dan batin, kesan wuduk amat menginsafkan dan ia mendatangkan keceriaan pada diri remaja.Bila remaja melakukan solat, ia memiliki sifat rukuk dan sujud iaitu mendidiknya berjiwa hamba supaya rasa ketaatan, kepatuhan, ketundukan dan keakuran akan sentiasa subur pada dirinya.

Tanpa jiwa hamba remaja akan cenderung ingkar dan melampau batas. Akhirnya ia akan menjebak remaja ke Pusat Serenti, di dalam penjara atau terbaring di hospital menderita penyakit AIDS/HIV. Disaat ini kesengsaraan mengambil tempat, kegelisahan tidak reda, ketakutan dan kebimbangan menjadi teman dan akhirnya menunggu masa maut mencekik.

Remaja yang ceria adalah remaja yang mempunyai sandaran kepada Allah. Allah mempunyai sifat pengasih dan penyayang yang amat tinggi. Kepada hamba yang ikhlas, tulus dan telus, ketakwaannya menjadi subur. Nikmat takwa dan iman adalah sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan kalimah.Apabila takwa dan iman selari dengan perbuatan dan amalan para remaja akan menjadi orang yang baik, pengasih, hormat, amanah, jujur dan sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

Inilah darjah keceriaan yang amat tinggi bagi seseorang remaja kerana kehidupannya sentiasa memohon reda dan barakah Allah.Remaja yang ceria adalah remaja yang jujur pada diri, jujur pada Allah dan jujur terhadap orang lain. Remaja yang jiwanya ceria, cintakan ilmu dan hikmah. Berusaha dan berdoa supaya diberikan ilmu yang barakah dan bermanfaat supaya ilmu itu dapat dicurahkan kepada yang lain dan ibadahnya subur, pahalanya bertambah.

Remaja yang ceria adalah remaja yang sentiasa bersedia untuk menjalin ukhuwah atau persaudaraan kepada yang lain dan berusaha meniadakan musuh di dalam hidupnya. Azamnya untuk berbakti membangun agama dan umatnya supaya umat dan agamanya dihormati oleh orang lain.

Keceriaan yang tulen adalah kurniaan Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beriman. Remaja yang cenderung meningkatkan iman dan takwa akan sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk, dilindungi daripada gangguan iblis dan syaitan dan sentiasa cekal dan tawakal dalam melakukan sesuatu dan apabila diuji sentiasa bersyukur dan memohon kekuatan supaya takwa dan imannya tetap menjadikannya ceria.Bayangkan diri remaja yang sengketa, tidak keruan, hilang arah dan hala tuju hidup, tidak bersandarkan keyakinan kepada Allah, lupa kepada agama, tidak tahu membezakan yang buruk dengan yang baik, hilang hormat kepada ibu bapa dan orang tua, sombong terhadap sedikit kejayaan dan pencapaian.

Keceriaan yang sebenar tidak akan kekal dalam hidupnya malah keseronokan yang dirasa hanya sementara dan ia bersifat nafsu bukanlah ia suatu amal soleh.-

PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

dato` ku... =P

he he heh gambo dato' ct..
kenapa aku letak gambo dia...sebab aku suker dia..hu hu hu hu
love u dato...muah muah muah...

WelCOME!!


selamat datang kepada rakan2..adik2..kakak2..abang2..
fiuhhh...akhirnya siap gak blog aku ni..
entah apa la yg aku nak masukkan kat dalam ni..