Blogger news

Rabu, Jun 03, 2009

sebab - sebab Nabi Muhammad Cintakan Aisyah

dipetik dari buku : Aisyah : Keanggunan Sejati

Ramai berpendapat Nabi Muhammad mencintai Aisyah kerana kecantikan luarannya sahaja. namun pendapat ini tidak benar. Isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain seperti Zainab, Juwairiyah dan Shafiyah juga tidak kurang cantiknya. Sebenarnya kisah kecantikan isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain banyak diceritakan dlm hadis serta sejarah. Kecantikan Aisyah sangat kurang disebut-sebut berbanding kecantikan isterinya yang lain.

salah satu kisah berkenaan kecantikan Aisyah adalah dalam kenyataan Umar kepada Hafshah di atas. Jika dikaji dengan mendalam, kenyataan ini memberitahu Hafshah berkenaan tempat istimewa Aisyah dalam hati Nabi Muhammad. Tempat Aisyah dalam hati beliau tidak dapat dicapai oleh isteri-isteri lain termasuk Hafsyah.

Hadis yang disampaikan oleh Aisyah dan Abu Hurairah ini menerangkan sebab Aisyah begitu dicintai Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pernah berkata, "Perempuan dikahwini kerana empat perkara, kekayaan, keturunan yg baik, kecantikan dan agamanya. Pilihlah perempuan yang baik agamanya. Pilihlah perempuan yg baik agamanya, pasti kamu akan beruntung." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, dan Abu Dawud.

Bedasarkan hadis itu, isteri yang paling Nabi Muhammad cintai adalah isteri yang dapat memberi kebaikan kepada agama dan dakwah islam.

Aisyah sungguh istimewa berbanding isteri-isteri Nabi Muhammad yang lain. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang agama seperti Quran, tafsir, hadis dan fikah. Tafsir ialah menyelami maksud yang disebut di dalam Quran manakala fikah ialah ilmu berkenaan hukum dalam Islam. Beliau mampu melakukan tafsiran dengan begitu mengagumkan, memahami masalah agama dengan mendalam dan mampu merumuskan hukum bagi situasi baru.

Ciri-ciri yang ada dalam diri Aisyah membuatkan Nabi Muhammad lebih mencintainya daripada isteri-isteri yang lain. Ibnu Hazm menulis, Nabi Muhammad mengutamakan semua para isterinya daripada seluruh para sahabatnya. Ini bermaksud hanya para malaikat dan para nabi sahaja yang mengatasi keutamaan para isteri beliau.

Anas bin Malik menceritakan, kekasih Allah pernah ditanya, "siapakah orang yang paling tuan cintai?" Beliau menjawab, "Aisyah." Beliau di tanya lagi, "Yang lelakinya?". Beliau menjawab, "Bapanya."

Ayat 3 hingga 4 dalam surah an-Najm ada menyebutnya, "Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yg diperkatakannya itu (sama ada Quran ataupun hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-nya."

Ayat di atas menegaskan yang cinta Nabi Muhammad pada Aisyah adalah wahyu Allah, bukan atas dasar narfsu semata. Orang yang menidakkan perkara ini bererti tidak mempercayai kata-kata Allah.

Jelas kini kedudukan Aisyah lebih utama daripada seluruh manusia di dunia ini termasuk Abu Bakar, Umar al-Khatab, Ali bin Abu Talib dan Fatimah binti Muhammad. Cinta Nabi Muhammad kepada Aisyah mengatasi rasa cinta kepada semua manusia.

Abu Musa al-Asy'ari menceritakan Nabi Muhammad pernah berkata, "Ramai lelaki yang sanggup mencapai kesempurnaan. Tetapi, hanya terdapat beberapa orang perempuan yang dapat mencapai hal yg sama, iaitu Maryam binti Imran dan Asiyah, isteri Fir'au. Sungguh, keutamaan Aisyah dibandingkan perempuan2 lain sama seperti keutamaan bubur dibandingkan seluruh makanan lainnya." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah.

Hadis di atas adalah bukti yang jelas mengapa Nabi Muhammad begitu mengasihi dan mengutakan Aisyah. Ia bukan kerana kecantikan fizikal Aisyah, tetapi kerana kesempurnaan dalamannya.

Isteri Nabi Muhammad yang hampir menyamai kesempurnaan batin Aisyah adalah Ummu Salamah. Nabi Muhammad sangat mengasihi Ummu Salamah walaupun umurnya sudah agak tua.