Blogger news

Rabu, Oktober 28, 2009

~Memang Cinta Ada Dalam Jiwa~Karen Kong, Sheila Majid, Jaclyn Victor



Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya
Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita
Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya
Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa
Memang cinta ada dalam jiwa kita...

Rahsia Cara Wanita Berjalan

Sekadar berkongsi pengetahuan...
(Tak semestinya betul, tapi boleh jadi guide )

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanitayang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini jugaterkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaanramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, sukamenipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusahauntuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memilikisifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya danboleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untukditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalanmenunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia,dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirianyang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentangapa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanitaseperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gayayang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yangada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaanuntuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yangakhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidakmahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkandia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apayang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatanbergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorangyang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalahmenjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.