Blogger news

Khamis, Ogos 11, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Helu my dear,

Ku mahu berkongsi sesuatu disini, hmm perasaan ni pernah berlaku pada diriku dan sesiapa sahaja, silakan baca…dipetik dari buku jangan bersedih.

(tq kpd en google.image) 

Renung-renungkan….

“jika engkau berada pada pagi hari,janganlah menunggu datangnya waktu petang,jika engkau berada pada waktu petang,janganlah menunggu datangnya pagi.”

Ertinya: hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu,dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang.

Seorang penyair berkata:

Masa lalu biarlah berlalu dan harapan belum menjadi kenyataan.
Maka manfaatkanlah waktu saat kau sedang menjalaninya.


Menyibukkan diri dengan masa lalu,mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu,adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila (tiada manfaatnya).

Pepatah cina ada menyebutnya: “janganlah anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya.”

Maksudnya: jangan anda menggambarkan suatu peristiwa,termasuk keburukan dan bencana  yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya.

Salah seorang seorang salaf pernah mengatakan: “wahai anak Adam,hidupmu itu 3 hari sahaja: hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum tiba, dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertaqwalah kepada Allah dalam menjalaninya!”

Maka mengingati kembali sesuatu yang telah berlaku serta merasa kesedihan dan manyakitkan ke atasnya adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya.