Blogger news

Isnin, Oktober 19, 2009

Bahaya orang ketiga

Org ketiga
Hmm entah la tetibe otak ni terpikir nak menulis tentang orang ketiga..
"Betullah ckp org kan... cinta boleh merubah org baik jadi jahat, orang jahat jd baik. Cuma kdg-kala kita yang tak mahu buka mata luas2... akhirnya tenggelam dalam situasi ciptaan sendiri."
Banyak aku baca artikel tentang org ketiga ni..ada yg sampai bercerai berai/putus hubungan akibat ada org ketiga..
Pulak tu..senang je bagi alasan bila dah bercerai/putus hubungan..’tak de jodoh..’..kalau masalah tu datang apabila kite yg ujudkan nya..takkan sampai tak de jodoh kot…bila perasaan/nafsu menguasai diri..inilah jadinya…kononya nak berkawan..selalu berhubung,kuar sama2,kuar makan sama2, citerkan masalah masing2…last2 jadi lain..memang pada asalnyer niat cumer berkawan..tetapi lama kelamaan perasaan tu boleh berputik tanpa kite sedari…hmmm memang kebanyakan cam tu..pada asalnyer cumer berkawan…senang je mulut berkata2..hahahah..
hmmm…tujuan aku tulis ni bukan ditujukan utk sesiapa..ia juga sebagai peringatan utk diri aku juga….
“kita mampu jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, kita mampu
untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. tetapi, bila kamu sudah
mengetahui dan menyedari yang si dia itu sebenarnya sudah ada seseorang yang
lain, jauhkanlah diri kita darinya. pedulikan segala rasa yang sudah tersemat di
hati kita. kerana kita sebenarnya sudah berada di ambang kekalahan dalam
perhubungan ini. kita sudah mengetahui kedudukan kita sebagai penganggu dalam
satu perhubungan. dan yang mungkin besar dalam hal ini, kita mengetahui sekarang
yang orang kita kasihi dan cintai itu, sebenarnya seorang manusia yang tidak
terikat dalam kesetiaan!
adakah ini yang kita mahukan dalam
kebahagiaan kita?”

"Cinta tiga segi merosakkan hati "
Masalah rumah tangga perlu diselesaikan sendiri pasangan suami isteri tanpa membabitkan orang lain
“JIKA menghadapi masalah rumah tangga, jangan sesekali mencari penyelesaian dengan bercerita kepada ‘orang ketiga’. Ini yang sering menjadi punca rumah tangga menuju kehancuran.
“Apabila pasangan suka bercerita kepada teman sepejabat atau orang lain, akan timbul masalah di kemudian hari dan boleh membawa bercerai-berai,”
kata pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nik Salida Suhaila Nik Salleh.
Beliau berkata, kehidupan hari ini menuntut keperluan material sehingga memaksa isteri bekerja atas dasar membantu mengurangkan beban suami.
Katanya, isteri harus berkongsi segala-galanya dengan suami kerana dalam menggalas tanggungjawab di rumah, kepercayaan dan perkongsian itu harus wujud antara pasangan.
“Sepatutnya, tiada rahsia di antara pasangan. Rasa percaya juga harus ditanam di jiwa masing-masing dengan penuh ikhlas.
“Justeru, apabila berlaku masalah, elak bercerita kepada orang ketiga kerana mungkin timbul simpati pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.
“Ada kes yang berlaku, orang ketiga yang bersimpati menjalin hubungan sulit dengan pengadu sehingga mencetus masalah lebih rumit,”
katanya.
Menurut beliau, Nabi Muhammad s.a.w pernah menghadapi cabaran getir ketika isterinya, Aisyah difitnah berlaku curang oleh golongan munafik sehingga Allah memberi keterangan terhadap peristiwa itu.
Begitu juga Rasulullah pernah menghadapi konflik apabila berlaku persengketaan dan cemburu antara isterinya namun ditangani dengan bijaksana.
Nik Suhaila berkata, cinta adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan ia ada dalam diri setiap insan.
Katanya, bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan.
Bagaimanapun, hakikat percintaan dalam rumah tangga ada kalanya tidak sama. Impian dibina untuk hidup bersama ada kalanya diuji dengan pelbagai cabaran yang menggugat kebahagiaan.
“Jika kita tanam sikap bahawa perkahwinan satu ibadat dan mendapat ganjaran pahala di akhirat, pasangan itu harus tahu batasannya.
“Justeru, dalam melayari kebahagiaan hidup berumah tangga, kebijaksanaan dalam pengurusan masa penting. Sesibuk mana isteri yang bekerja, mereka harus ada masa untuk rumah tangga.
“Tidak ada suami suka melihat rumah tangganya bersepah. Ini kerana mengemas rumah menjadi kewajipan seorang isteri,” katanya.
Nik Suhaila berkata, isteri tidak ‘wajib’ bekerja kerana tugas mereka lebih penting mengurus rumah tangga.
Menurutnya, dalam menjalani tuntutan rumah tangga, suami isteri perlu banyak menimba ilmu termasuk pengajian agama supaya masing-masing mendapat keberkatan.
“Kebijaksanaan pasangan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai sunnah dan sirah Rasulullah pasti dapat dijadikan panduan menangani masalah rumah tangga.
“Jangan buka pekung dalam perkahwinan dengan mengaibkan pasangan atau membuka ruang untuk orang lain mengambil kesempatan,” katanya.
Ditanya sejauh mana usaha mengekalkan rumah tangga itu perlu, katanya setiap pasangan perlu membuat pilihan secara bijak.
“Pilihlah seseorang yang berilmu kerana ia menjamin kebahagiaan hidup.
“Selain bertolak ansur, pastikan pasangan anda ada agama untuk isteri bergantung harapan,” katanya.
Selain itu, Nik Salida turut menyarankan, pemilihan paras rupa juga penting selain nilai sekufu lain yang menjadi impian setiap wanita inginkan lelaki tampan manakala lelaki pula mahukan wanita cantik dan berketrampilan.
[sumber: seripengantin.com]

4 ulasan:

MrsEcanz berkata...

i love this article.. coz when my friends xtahan lonely they try to search 4 'org ketiga' to release their lonely.. or to share everything about their feeling.. then, falling in love again.. so, salah sape.. i didnt trust anyone.. hahaha..i rather been lonely than involved in this situation

mama79 berkata...

woi dah pandai bercinte nampaknye.xnak kongsi ngan mak sedare kau ke heee!!!!!!!!!!!!!!

➳➳ MsSonatagurl berkata...

aiyak!!!
mana ada la wahai antie kuuu..

Tanpa Nama berkata...

waa aku setuju sangat. Suke post ni. Agaknye kalau aku suruh ex aku bace post ni dulu sebelum ktorg breakup dulu mungkin hubungan ktorng dpt diselamatkan. tapi semuanya dh terlmbat. Memang susah nk terima hakikat tu tapi aku terpaksa akui ktorang memang xde jodoh. Tapi sekarang aku dah ada penganti. Harap xde lagi orang ketiga yang saje je nak runtuhkan hubungan kitorang. Huhu. Aku xnk pisang berbuah 2 kali.