Blogger news

Isnin, Jun 08, 2009

marah dan pemarah


kat mana aku nak mulakan citer ni..marah? marah ni ada banyak maksud dlm kamus, cthnya: marah;berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu; kemarahan perihal marah, keberangan, kegusaran; kemarah-marahan sangat marah; pemarah orang yg cepat atau lekas marah, lekas marah ( credits: http://www.karyanet.com.my )

hidup aku dikelilingi dengan orang2 yang ada sifat ni...mama,abah,adik aku. boss aku,kawan2 sedara mara,sepupu sepapat...isk..bila dia org ni dah marah..huhuhu haru biru jadinyer...perkataan yg tak patut keluar pon,akan kuar gak.. :P aku sendiri pon ada sifat buruk ni..bila marah ni akan jadi dendam lak..hmmm pasal dendam tu nanti aku post hari lain..cepat sangat rasa nak marah tu datang..tapi aku cube kawal rasa marah aku ni dengan senyuman..bila nak marah aku cube tenangkan hati dan jiwa aku ni...(kadang2 terlepas gak)...ni aku ada jumpe artikel tentang macammana nak atasi perasaan marah..renung2kan dan selamat beramal.. ^___^

dipetik dari: http://ikmalshah-pewarisenja.blogspot.com/2008/05/atasi-perasaan-marah.html

Marah datang dari perasaan atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor (gerak anggota) tidak dapat dikawal lagi. Pada ketika itu gerak geri kita secara automatik akan akur kepada arahan emosi misalnya muka kita jadi merah – darah naik kemuka kata orang – mata dibeliakkan, bibir digetap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Bila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang di hadapan mata dll sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasa dilakukan oleh mereka yang marah secara melampau !

Kenapa kita boleh jadi marah ? Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkannya;

Pertama kita jadi marah bila emosi kita sudah tersentuh Oleh itu mereka yang emosional atau cepat terasa akan menjadi cepat marah bila mendapati emosi mereka sudah terganggu. Contohnya kita akan merasa tersentuh bila ada orang menuduh kita melakukan sesuatu yang pada pendapat kita, kita tidak melakukannya. Emosi kita akan terganggu bila dituduh yang bukan-bukan (pada perasaan kita).

Kedua, kita boleh menjadi marah bila kita dicabar secara lansung atau tidak. Merasa marah akibat dicabar boleh dianggap sebagai naluri (instinct) manusia. Misalnya seorang suami marahkan isterinya yang tidak menurut perintahnya. Di sini dia merasa tercabar kerana kedudukannya sebagai suami sudah tergugat.

Ketiga, marah juga boleh berlaku akibat fenomena alam. Kita mungkin marah bila kereta kita rosak di tengah jalan atau sesuatu yang berlaku di luar perhitungan kita.

Ada banyak lagi perkara yang boleh mengakibatkan kita menjadi marah. Semuanya terjadi akibat emosi kita sudah tersentuh. Mereka yang cepat marah atau "naik angin" kata orang - dipanggil "panas baran". Orang yang panas baran akan cepat melenting dan marah-marah sehingga di luar kawalan.

Bagaimana kita mengatasi perasan marah ?

Sebenarnya oleh sebab marah itu datang dari emosi atau perasaan, ia akan dapat diatasi dengan mudah jika kita cukup bersedia. Yang paling utama kita perlulah dapat mengawal emosi dengan sempurna. Bila kita sudah merasa nak marah, cepat-cepatlah alihkan fokus kita ke otak – jangan biarkan emosi mengawal diri. Dengan cara berfikir melalui otak – bukan melayan perasaan , emosi kita akan dapat dikawal dan seterusnya boleh mengurangkan rasa marah kita. Proses ini dalam psikologi dipanggil sebagai "cognitive factor". Mereka yang dapat dipengaruhi oleh emosi disebut sebagai "emotivist" Hanya dengan berfikir secara teratur saja kita akan menjadi rasional.

Ada beberapa cara bagaimana kita boleh mengatasi perasaan marah:

1) Ahli psikologi menyarankan bila kita merasa nak marah, cubalah renung kuku ibu jari tangan kita kira-kira 2 minit. Dengan cara itu kita akan dapat mengubah fokus dari emosi ke pemikiran.(macammni pon ada ker..tak pernah dengar pon..)

2) Ada pula ahli psikologi yang mencadangkan supaya kita membilang 1,2,3,4,5... ...sehingga perasaan kita yang tegang itu menjadi kendur.( hmm patutla..dlm citer drama korea selalu ada cam ni.bila nak marah jer..mula la mengira..atau baca sifir..hu hu hu hu )

3) Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram. Tentu amat sukar kita hendak mengorak senyuman ketika sedang marah; tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba.( yang ni aku dah praktikkan...)

4) Jika anda beragama Islam perkara di bawah ini mungkin boleh menolong:

- Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.
- Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama
surah an-Nas
- Ambil wuduk (jika mampu)
- Solat sunat (jika perlu)
( yg semua diatas ni pon ada aku praktikkan...)

Semua cara di atas bertujuan untuk memindahkan fokus kita dari emosi ke pemikiran. Bila pemikiran kita sudah berjaya mengawal emosi, insyaallah perasaan marah kita akan reda dan seterusnya hilang. Biarlah pemikiran (cognitive) menguasai diri kita – bukan emosi !!

1 ulasan:

fq berkata...

tenkiuk2....
sangat2 membantu entri ni...