Blogger news

Rabu, Jun 17, 2009

-DENDAM-


Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Dendam)

bila rasa marah atau tak puas hati mula perasaan dendam tu wujud dalam diri. membara2 dalam diri nak balas dendam..lagi2 kalau orang muda zaman skang ni, cepat sangat menyimpan dendam...walaupun sikit je kesalahannyer dah berdendam sampai 7 keturunan..itu pon tak habis2..hu hu hu hu. Ada banyak cara orang buat untuk membalas dendam mereka. antaranya ada yang sanggup sampai mencederakan dan lagi teruk sampai membunuh antara satu sama lain. Kes2 macam ni dah banyak kita baca didalam akhbar, dalam berita..boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja orang mati kena bunuh(kes dendam)..agaknya apa la perasaan diaorg lepas bunuh atau cederakan orang..tak takut ker..pelik-pelik..

Hati masih kotor, jiwa masih gelap <--- ini lah antara punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang tidak tenteram.

Dendam juga boleh dituruti dengan perkara lain. Antaranya:

- perasaan hasad,

- memutuskan perhubungan baik

- tidak bersedia utk menerima / memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah padanya.

- menipu, mengumpat dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya dipelihara.

- Mengejek atau memperlinya

- Memusuhi atau menganiayai

mengikut kajian pakar psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam.

Kemaafan boleh hapuskan dendam.

Kemarahan, dendam dan kemaafan ß ketiga2 ini berada pada situasi berbeza..tetapi ia berkait rapat antara satu sama lain.

Tetapi bolehkah kite melupakan sesuatu perkara yang sangat mendatangkan kemarahan kita dengan memaafkan sahaja?

Bila dah terlalu terpendam/tersimpan dalam hati..timbullah perasaan dendam.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil terhadap mereka menyebabkan kita marah(atas kebenaran), iaitu yang disebut ’al-adl’ namun islam lebih cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan KEMAAFAN ßà AL-IHSAN iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Oleh itu, bagi menjamin kebaikan diantara pihak yang berdendam dan kena dendam ialah MEMBERIKAN MAAF.

Islam juga memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan sesuatu tindakan, namun dengan menahan marah masih belum dapat mengikis perasaan dendam dalam hati. Oleh itu islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Kesimpulannya, mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusu dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam.

1 ulasan:

wawa berkata...

susah nak bersihkan jiwa dari benda2 macam ni.Kena betul2 beriman kepadaNya