( cr : as tagged )
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan,
mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan
anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula
menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk
mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah
boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada
usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh
tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.”
– Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa
terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada
fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi,
Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya
bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang
akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin
dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya
mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya
ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab
dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya
punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya
untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan
memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau
terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar
oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak
mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula
mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan
sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg
tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung
diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu
bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim
berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang
salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar
kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah
secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak
terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada
ibu bapa.
Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan
ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya
permasalah didunia ini…
Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya
maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan
agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas
lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah,
mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di
bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim