Blogger news

Selasa, Jun 30, 2009

Amaran Penipuan : Emel Palsu

*melampau betul la sape yg anta email cam tu..(marah)...


Warga TM sekalian,

TM ingin mengumumkan kepada para pengguna Streamyx bahawa terdapat mesej emel yang tidak sah yang mendakwa ia dikeluarkan oleh TM Net. Emel ini meminta para pelanggan untuk memberi maklumat akaun Streamyx mereka seperti nama pengguna dan kata laluan atas sebab-sebab pengesahan.

Emel ini TIDAK dikirimkan dari mana-mana sumber TM – ianya adalah satu percubaan untuk menyeleweng bagi mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda. TM tidak pernah meminta para pelanggan kami menyerahkan maklumat seperti ini menerusi emel.

Pendedahan maklumat peribadi seperti ini mungkin disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan akaun anda bagi melanggani perkhidmatan online yang perlu dibayar dan pendedahan maklumat sulit secara haram. Para pelanggan TM dinasihati untuk melindungi nama pengguna dan kata laluan anda untuk memastikan ianya tidak digunakan oleh pihak lain atau pihak ketiga/golongan tidak bertanggungjawab untuk mengakses akaun anda.

Sebagai langkah pencegahan, kami ingin menasihati para pelanggan kami yang menerima emel seperti ini supaya memadamkannya dengan segera. JANGAN sekali-kali membalas emel seperti ini dan JANGAN klik pada pautan yang terpapar di dalamnya. Sementara itu, kepada pelangggan yang telah membalas emel ini dan memberi maklumat peribadi anda seperti yang diminta, kami menggesa anda agar menukar kata laluan anda dengan segera.

Untuk bantuan tentang bagaimana menukar kata laluan anda, sila layari www.tm.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di 100 atau emel help@tm.com.my.

Terima kasih.

Bagi pihak Fraud Management

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telekom Malaysia Berhad

Kerispatih – Demi Cinta

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku

walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta

akhirnya juga harus kurelakan
kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku

jika memang ini yang terbaik
untuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta

jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya

Jumaat, Jun 26, 2009

~ BENCINTA ~

lirik ni memang sesuai ngan keadaan aku skang ni..hu hu hu cam no ni..


Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu

Selasa, Jun 23, 2009

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

Paradise set in a Deep Quarry - Songjiang Hotel

Songjiang Hotel is in China. Everybody calls it “Paradise set in a deep quarry”. Songjiang Hotel is designed different by Chinese people… If you go to China to have a holiday, you can stay in Songjiang Hotel… You want to go different and unbelievable vacation, you could go Songjiang Hotel (Paradise set in a deep quarry) in China. It would be the most different holiday for you. It is designed like a swimming pool, it is like waterfall.

psst:waaaa~~

Ahad, Jun 21, 2009

shin ae wedding -K.WILL (harioh)

selamat hari ahad..hu hu hu hari ni seharian aku duk umah tak keluar kemana..sejak dari semalam..hajat dihati ni nak g opis..tapiiiii..huhuhu tetibe rasa malas lak..asyik duk kat opis jer..masa utk diri sendiri pon tarak..memang la dalam kepala otak ni sarat dah pikir pasal keje..asal aku celik mata je ingatkan pasal keje..aku dah parah ni..(letih la..)...hmmm esok nak g keje ni tak tau nak pakai baju apa??uu~~

borink tahap maksima dah aku ni..aku pon g la kat web youtube,search: shin ae wedding(pelakon,model)..tak sangka lak leh ada..seronoknyerrr..ni masa K.WILL(penyanyi korea) tengah buat persembahan..sooo sweett masa husband dia kesat air mata shin ae dengan sarung tangan dia..uu~~ romantiknya..pastu lagu ni lak..adoi la..lirik dia..~~he he he he..tinguk sendirik la... ^__*..

Jumaat, Jun 19, 2009

Mandi


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


Khamis, Jun 18, 2009

SENYUMLAH.. ^___^

credits : http://koleksicinta.blogspot.com

bukan sukar utk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.

senyuman itu ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiada dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumannya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya seyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.

hikmahnya, banyak kejayaan RAsulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.

Kata Saidina Umar, "Rasulullah SAW tersenyun dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya." ( Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

seorang lagi sahabat Baginda, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, "Aku bertanya kepada ayahku(Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda.Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak seka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak seka mencela makanan yang tidak disukainya. siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja memenuhi undangannya pasti sentiasa puas."
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. perkara itu pernah direkodkan Imam Bukahri disebutkan bahawa Saiditina Aisyah: "Ada seorang lelaku yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. ketikan Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang(Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman diwajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sedah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW:Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, "Hadis ini dulihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.

Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, makan Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindarai keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan seyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.

ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undakng-undang Islam ialah dipotong tangan(mengikut syarat ditetapkan).

mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

kemudian Rasulullah SAW bersabda:"Jadi kamu ingin memohon syafaat(pembelaan) terhadap salah satu hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: "Wahai manusia!Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. tetapi apabila mendapati orang lemah dia antara mereka mencuri, meraka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya".

Oelh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Oleh Yussamir Yusof


sekian.

10 Artis Tercantik Korea !

1. SONG HYE GYO

2. HAN GA IN

3. KIM TAE HEE

4. JEON JI HUN

5. HUANG MI HEE

6. HAN CHAE YOUNG

7. PARK SI YEON

8. HAN CHAE AH

9. LEE DA HEE

10. KIM HYO YEON


Rabu, Jun 17, 2009

-DENDAM-


Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Dendam)

bila rasa marah atau tak puas hati mula perasaan dendam tu wujud dalam diri. membara2 dalam diri nak balas dendam..lagi2 kalau orang muda zaman skang ni, cepat sangat menyimpan dendam...walaupun sikit je kesalahannyer dah berdendam sampai 7 keturunan..itu pon tak habis2..hu hu hu hu. Ada banyak cara orang buat untuk membalas dendam mereka. antaranya ada yang sanggup sampai mencederakan dan lagi teruk sampai membunuh antara satu sama lain. Kes2 macam ni dah banyak kita baca didalam akhbar, dalam berita..boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja orang mati kena bunuh(kes dendam)..agaknya apa la perasaan diaorg lepas bunuh atau cederakan orang..tak takut ker..pelik-pelik..

Hati masih kotor, jiwa masih gelap <--- ini lah antara punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang tidak tenteram.

Dendam juga boleh dituruti dengan perkara lain. Antaranya:

- perasaan hasad,

- memutuskan perhubungan baik

- tidak bersedia utk menerima / memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah padanya.

- menipu, mengumpat dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya dipelihara.

- Mengejek atau memperlinya

- Memusuhi atau menganiayai

mengikut kajian pakar psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam.

Kemaafan boleh hapuskan dendam.

Kemarahan, dendam dan kemaafan ß ketiga2 ini berada pada situasi berbeza..tetapi ia berkait rapat antara satu sama lain.

Tetapi bolehkah kite melupakan sesuatu perkara yang sangat mendatangkan kemarahan kita dengan memaafkan sahaja?

Bila dah terlalu terpendam/tersimpan dalam hati..timbullah perasaan dendam.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil terhadap mereka menyebabkan kita marah(atas kebenaran), iaitu yang disebut ’al-adl’ namun islam lebih cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan KEMAAFAN ßà AL-IHSAN iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Oleh itu, bagi menjamin kebaikan diantara pihak yang berdendam dan kena dendam ialah MEMBERIKAN MAAF.

Islam juga memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan sesuatu tindakan, namun dengan menahan marah masih belum dapat mengikis perasaan dendam dalam hati. Oleh itu islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Kesimpulannya, mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusu dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam.