Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Blogger news
Khamis, Ogos 11, 2011
Rabu, Jun 29, 2011
ISRAK MIKRAJ - PERISTIWA DAN PENGAJARAN YG PERLU DI HAYATI
1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
adakah benar?2012?
**********************************************************************************
Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ..
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
2012 Islamic Calendar<http://moonsighting.com/calendar.html>
Selasa, Mei 11, 2010
10 Hal yang Dapat Membuat Anda Menjadi Wanita
2. dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalinkan persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.
3. dengan ketulusan derma anda yang membahagiakan org miskin, mengembirakan orang fakir dan mengenyangkan org yang lapar.
4. dengan duduk manis bersama al-quran seraya membaca, merenugi makna, ,mengamalkan kadungannya, bertobat dan memohon ampun kepada-NYA.
5. dengan banyak zikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat.
6. dengan mendidik anak-anak anda mendalami agama, mengajari mereka sunnah dan membimbing mereka kepada hal-hal yang berguna bagi mereka.
7. dengan rasa malu dan jilbab seperti yang diperintahkan Allah kepada anda sebagai saranan memelihara diri dan kehormatan anda.
8. dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengalaman agama, dan menghormati norma-norma etika.
9. dengan berbakti kepada kedua orang tua, bersilaturahim, menghormati tetangga dan menjamin anak-anak yatim.
10. dengan membaca buku-buku yang bermanfaat, menelaah bacaan yang berguna.maka hal itu benar-benar merupakan hal yang amat menyenangkan lagi memberikan informasi yang benar.
(sumber dari FACEBOOK)
Isnin, Mei 10, 2010
Tafsiran Suka, Minat, Sayang Dan Cinta

kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.Segala apa yg kita buat,kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia,kita akan sentiasa berfikir ttg dirinya.(dlm erti kata lain: cinta ditujukan kpd seseorg yg kita selalu ingat dan mimpi...tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dgn hati yg ikhlas kpdnya walaupun dia buat tak tau aje)
kita memerlukan dia dimasa kita mahukan seseorg utk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita sayangkan seseorg yg menjadi TELINGA kpd masalah kita.(dlm erti kata lain: syg dtujukan kd seseorg yg boleh membuangkan masa dia utk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati krn kita bukannya cinta kpdnya.
kita sukakan dia krn dia kelakar.dia happy-go-lucky.bila bersama dgn dia,kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.tapi,kita taklah rindu sgt kat dia bila tak berjumpa seminggu...(dl erti kata lain: suka dtujukan kpd seseorg yg boleh menjadi pelawak kpd kita.kita akan suruh dia diam sekiranya keng kita dh nak pecah.)
apa sesuatu pd dirinya yg menarik kita utk mendekatinya.(dlm erti kata lain: minat d tujukan kpd seseorg yg ada sifat,pribadi atau barang yg kita mahukan..)
Khamis, Februari 04, 2010
Apabila Cinta Tiada Lagi
[gambar hiasan]
Di awal percintaan, pasangan kekasih sanggup sehidup semati. Segala sifat buruk disimpan ra
pi. Yang ditampilkan semuanya yang baik-baik. Makan penuh beradap, tutur kata penuh tertib, penampilan pula sentiasa kemas dan kelihatan cantik atau segak.
Segala rahsia percintaan disimpan berbunga di dalam hati. Jika ada yang bertanya akan terpacul susunan ayat seperti ini. Kami serasi, saya telah bertemu pasangan hidup, dia seorang yang penyayang, penyabar dan pelbagai lagi. Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta. Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan. Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.
Sanggup meredah lautan api, jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi, biar pun hujan lebat sanggup saja dituruti . Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesannya akan kekal di situ selagi pokoknya tidak tumbang.
Semuanya boleh dilaksanakan. Tiada yang tidak boleh, tiada yang mustahil, tiada juga halangan. Taburan janji umpama butiran pasir dipantai- tanpa disedari akan ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.
Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti. Lupa, bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan, dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.
[gambar hiasan]
Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar, ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta. segala rasasayang sekelip mata bertukar benci. Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat dihati. Yang dulu serasi bertukar benci,kalau dulu sangat memahami kini semuanya tidak dimengerti.
Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta. Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati. Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru. Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan dengan dunia, kini sebaliknya.
Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati. Semuanya didedahkan, tanpa ada rasa bersalah dan tidak diketahui apa matlamatnya. Mungkin tidak mahu orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.
Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati. Sedangkan sepatutnya apapun yang terjadi – sama ada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta – tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah. Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.
Hakikatnya masam dan manis percintaan mesti diterima. Mendedahkan keaiban bekas kekasih bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah. Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya menambah buruk keadaan. Jika cinta tiada lagi,maka biarkan ia berlaku pergi. Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih. Natijahnya tidak mustahil suatu hari nanti keburukan diri sendiri akan tersebar luas. Bercinta untuk bahagia, tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia. Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas. Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama. Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah. Justeru hakikat cinta mesti diterima. Jika kita sedia utk bercinta maka kita mesti bersiap. Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta, mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.
Valentine Day- Sejarah dan Kepincangannya Serta Pandangan Islam Mengenainya..Sedikit Peringatan Buat Umat Islam..
VALENTINE Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.
Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:
“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).
Dan tafsirnya lagi:
“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.
Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).
Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.
‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.
Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:
“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari).
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.
Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13).
Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
Rabu, Oktober 28, 2009
Rahsia Cara Wanita Berjalan
Sekadar berkongsi pengetahuan...(Tak semestinya betul, tapi boleh jadi guide )
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanitayang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini jugaterkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaanramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, sukamenipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusahauntuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memilikisifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya danboleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untukditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalanmenunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia,dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirianyang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentangapa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanitaseperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gayayang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yangada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaanuntuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yangakhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidakmahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkandia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apayang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatanbergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorangyang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalahmenjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Isnin, Oktober 26, 2009
tanda2 dia dah tak suka kamu =(
Tanda anda akan kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup anda, berdasarkan kajian pakar adalah seperti berikut.Selalunya ia adalah gentian kepada “anda tidak lagi diperlukan” ataupun wanita itu sudah bertemu dengan mereka yang boleh menggantikan anda:
2) Pemarah / mencari salah – kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian mengelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya-tanya?
3) Alasan tak logik – enggan luangkan masa dengan anda sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda.
4) Berahsia – Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka melihat mobile bag atau barangan peribadi yang lain.
5) Panggilan misteri – Kerap dengan urusan kerja – overtime, outstation, gym, kecemasan dan menemani bos katanya. Perbualan telefon dengan si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat jawapannya.
6) Penampilan berubah – lain tingkah lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.
7) Masalah duit – tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga(bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email dan lain-lain.
8) Kemesraan hilang – dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita / mendengar isu remeh, tiada kata-kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu. Tiada buah tangan sebagai tanda ingatan!
9) Teman2 lari – kawan baiknnya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.
10) Naluri – tiba-tiba mengesyaki sesuatu yang tidak kena tapi tiada bukti atau petanda sahih! Perhubungan semakin lama semakin renggang jadinya.









