
Bak kotoran yang menempel di wajah, ada beberapa noda hati
yang harus dibersihkan daripada wajah hati kita. Perlu dibersihkan segala noda
itu daripada terus menebal di hati agar hati selalu tenang. Dengan hati yang
tenang wajah juga pasti akan nampak awet muda dan berseri-seri
1.
Noda
Buruk Sangka
Tepislah noda ini seawal mungkin. Jangan sesekali
dibiarkan noda ini terus menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan
bekas yang susah sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati.
Basmi noda ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif
terhadap teman atau rakan dakwah
Apabila noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita
akan menjadi seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara
sesuka hati terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya,
kita akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana
menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah saudara.
2.
Noda Cinta
Dunia & Panjang Angan-Angan
Hapuskanlah noda ini dengan menyedarkan diri akan takutnya
kematian yang mungkin datang secara tiba-tiba. Kecintaan kepada hidup didunia
akan menggiring kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan. Diri akan
terjerat dalam sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak
akan bernoktah.
Kerana alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah
senang-senang sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih
berharga. Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung yang
menjulang. Seolah tidak pernah ada kata mati. Hidup dan terus hidup.
Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba masanya jiwa
direnggut dari raga. Tidak pernah terfikir membuat persiapan menghadapi saat
roh terpisah dari jasad.
3.
Noda Bangga
Diri
Bersihkan wajah hati daripada noda ini dengan mengingati
betapa segala yang kita miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap
bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang
menimpa sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah
pinjaman daripada Allah. Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
kurniaan yang diberikan kepada kita jangan kemudian
menyebabkan kita menjadi sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa
bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.
Sedarkan hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana
kesombongan hati. Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada
kesombongan yang boleh membawa kepada kehancuran. Kuatkan kesedaran itu, agar
hati selalu tenang. Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi daripada
orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur yang boleh
menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.
4.
Noda
Meremehkan & Kurang Menghargai Orang Lain
Sikap ini sangat penting untuk dibersihkan daripada hati
kita. Kebiasaan masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan
pakaian yang dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan
perhiasan mewah yang menghiasi tubuh.
Noda ini akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri
sehingga bertemu dengan orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah
penampilannya, mereka akan cenderung untuk memandang rendah.
Sekarang cuba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita
pandang. Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar lepasan sekolah pondok? Cuba
jawab dengan jujur
Kita akan mengetahui jawapannya, apakah kita sedang terkena
noda ini atau tidak. Tepislah noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan
mereka. Siapapun dia, dia berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga diperlakukan sama
dengan orang lain.
5.
Noda Dengki
Noda ini memang sangan menular dalam kalangan golongan
remaja. Terutamanya apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan
sesuatu kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan
itu.
“Kenapa bukan saya? Kenapa dia?”
Bersihkan noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT. Syukuri
dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai nikmat terindah.
Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa yang sesuai dengan diri
kita saat ini.
( cr : akuislam.com )