Bila kita sayang orang tu...Kita terima je apa yang orang tu kataTp bila dia kata kita?Hati kata takpe semua manusia tak sempurna...Bila kita syg org tu...Kita tunggu dia lama pun x perTp bile dia tunggu kita???Dia marah2Hati kata ala adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..Bila kita syg org tu...Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan,Tp bila kita bosan Ada dia layan kita???Hati kata x pe dia busy kot..Bila kita syg org tu...Kita gaduh ngan dia, kita diam jeTp dia heboh 1 duniaHati kate x pe, dia tension tuu..Bila kita syg org tu...Kita call nak cakap dgn diaTp dia gayut dgn org lain..Bila jd camtu,Hati kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia..Bila kita syg org tu...Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baikTp biler dia bercerita ngan kita..Kita dgr, sepatah2 kita ingatHati kata x pe syg katakan..Bila kita syg org tu...Kita n dia laparTp kita bg semua roti kita kat diaHati kata, ala jagalah hati dia, sian dia..Bila kita syg org tu...Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,Tp bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bosan..Adil ke?Ati kata, ala bukan selalu pun..Bila kita syg org tu..Kita jadi macam org gila dgr dia sakit,Tp bila kita sakit, Dia siap bole kuar ngan kwn2 diaHati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..Bila kita syg org tu..Kita x penah pentingkan diri sendiriTp dia hpokrit tahap cipan gabanHati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima..Bila kita syg org tu..Nmpk lalat kat makanan dia, kita halaukanTp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan jeHati kata, takpelah, takkan dia asik nk buat semua benda utk kita..Bila kita syg org tuKita x sanggup tgk dia deritaTp dia x prnh hargai diri kita,Hati kata, tau x betapa kita sygkan dia?Bila kita syg org tu...Kita sanggup tinggalkn dia selama2nya utk dia bahagiatp adakah dia tahu pengorbanan kita??Hati kata, x pe, janji dia bahagia....
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Blogger news
Khamis, Julai 30, 2009
Bila Kita Sayang......
Rabu, Julai 29, 2009
10 K dalam PERSAHABATAN

ADESSSS..
Selasa, Julai 28, 2009
Ahad, Julai 19, 2009
APM 2009-DCT MERANGKUL 2 ANUGERAH..TAHNIAH..

Artis Malaysia Paling Popular
Artis Serantau Paling Popular
Selasa, Julai 14, 2009
Bengang

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......
Khamis, Julai 09, 2009
Tingkatkan Daya Tahan Tubuh Badan

Di samping memiliki kekebalan semulajadi, tubuh badan juga memiliki kemampuan membuat pertahanan setelah dihinggapi beberapa penyakit tertentu (acquired immunity). Contohnya, apabila seseorang pernah terkena cacar air, maka tubuhnya akan membentuk antibodi yang dapat menahan tubuh daripada diserang virus yang sama.
Agar sistem kekebalan tubuh dapat berfungsi dengan sempurna dan tubuh badan tidak mudah sakit, bukan hanya faktor-faktor fizikal seperti pengambilan makanan dan senaman yang perlu diambil kira, tetapi faktor psikologi juga perlu diselidiki. Ingat! Gaya hidup yang sihat menyumbang ke arah kesihatan yang maksimum. Panduan berikut boleh membantu:-

Percayakah anda bahawa individu yang mempunyai ramai kawan akan memilki kekebalan tubuh badan lebih baik berbanding mereka yang jarang bersosial. Fakta ini telah dibuktikan secara ilmiah oleh Barry Bittman, Pengarah Urusan Mind-Body Wellness Center di Meadvile, Amerika Syarikat.
2) Mendengar muzik
Kajian yang dilakukan oleh ilmuan, McGill dari Montreal University, Amerika Syarikat membuktikan jika seseorang mendengar muzik yang menggetarkan kalbu dan menyentuh perasaan, ia dapat memberi sensasi dan perasaan yang sama dengan kesan daripada pengambilan makanan dan seks. Bahkan, memainkan alat muzik dapat memberi kesan yang lebih baik daripada sekadar mendengarkannya. Syaratnya, muzik itu mestilah jenis muzik yang anda gemari.
3) Berfikiran positif
Mereka yang selalu berfikiran optimis lebih sihat berbanding mereka yang selalu berfikiran pesimis. Baru-baru ini, kajian yang dijalankan oleh Anna L. Marsland, daripada University of Pittsburg Medical Center mendapati mereka yang selalu berfikiran negatif, ‘moody’, cemas dan mudah tertekan mempunyai respon terhadap vaksin hepatitis yang lebih buruk berbanding mereka yang berfikiran positif. Selain itu, pakar-pakar di Mayo Clinic, Amerika Syarikat turut mendapati mereka yang di masa mudanya selalu berfikiran optimis mempunyai kecenderungan hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang selalu pesimis.
4) Cintai telinga anda
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University Cornell, Amerika Syarikat mendapati, wanita yang berkerja di kawasan yang kadar kebisingannya sederhana, menghasilkan hormon adrenalin (pencetus ‘stress’) lebih banyak dan lebih kerap terkena penyakit jantung berbanding wanita yang berkerja di kawasan yang sunyi atau tenang. Suara-suara mahupun bunyi-bunyian yang tidak diingini memang boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar kolesterol, serta menurunkan daya tahan tubuh badan. Ini kerana kebisingan memicu ketegangan dan denyut jantung sehingga menyebabkan pembuluh darah menyempit dan menggangu sistem penghadaman.
5) Makan secara sihat dan teratur
Walaupun anda sedang berusaha menurunkan berat badan, pastikan anda sentiasa memerhatikan mengambil makanan yang seimbang. Ini kerana, tubuh badan yang kekurangan nutrisi akan cenderung menghasilkan lebih banyak hormon yang mencetuskan ‘stress’. Selain itu, jika berat badan turun lebih daripada satu kilogram seminggu, akan membuatkan sistem kekebalan tubuh sukar mengenalpasti penyakit atau benda-benda asing yang masuk ke dalam tubuh badan.
6) Padamkan lampu ketika tidur
Jika selama ini anda selalu menyalakan lampu ketika sedang tidur, mungkin ada baiknya selepas ini anda padamkan lampu apabila bersedia untuk tidur. Tubuh badan yang terdedah kepada cahaya pada sepanjang malam membuatkan hormon melatonin, hormon yang mencegah penyakit tertentu menurun sehingga risiko terkena kanser payudara pun meningkat. Hormon melatonin hanya boleh dihasilkan oleh tubuh ketika suasana gelap.
7) Latih otak
Bukan hanya tubuh badan yang memerlukan latihan, otak juga perlu dilatih. Menurut ahli saraf, Marian Diamond, PhD dari University California, Berkeley, permainan yang memerlukan kemahiran berfikir boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan seseorang wanita. Ini kerana, aktiviti mental yang menggunakan satu atau lebih kombinasi fungsi intelektual dapat membantu tubuh agar lebih tahan ‘lasak’.
8) Berehat
Jangan sesekali memaksa tubuh badan selalu berkerja keras. Meluangkan sedikit waktu untuk berehat dan meredakan ‘stress’ sangat penting untuk menjaga kesihatan. ‘Stress’ selain daripada menyebabkan rasa cemas, ia juga dapat merangsang penghasilan hormon kortisol dan adrenalin yang menurunkan kemampuan tubuh badan menolak penyakit.
9) Gerakkan tubuh
Banyak kajian membuktikan, jika senaman dilakukan secara teratur, ia dapat memperbaiki ‘mood’ meredakan ‘stress’ dan meningkatkan daya tahan tubuh. Tetapi, jika anda sedang menghadapi tekanan yang cukup berat, sebaiknya anda tidak melarikan diri dengan bersenam lebih lama atau lebih keras, ia hanya membuatkan tubuh lebih mudah jatuh sakit.
10) Tertawalah!
Menerusi kajian yang dilakukan oleh Fakulti Kedoktoran di Universiti California, Amerika Syarikat membuktikan gerakan otot perut ketika anda ketawa boleh merangsang pengasilan antibodi dan sel-sel aktif yang berguna untuk memerangi jangkitan penyakit. Ketawa juga meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah, menghilangkan ketegangan otot dan melancarkan sistem pencernaan. Jadi, lebih banyak anda ketawa, hidup anda akan lebih riang dan sihat!
Jom Makan Oren!

Selasa, Julai 07, 2009
Shinae at the VOV fan-signing event
sumber : http://www.jazzholic.com
Jumaat, Julai 03, 2009
Kau Ilham Ku-Man Bai
Rabu, Julai 01, 2009
FIRST POSITIVE CKES PERTAMA JANGKITAN VIRUS INFLUENZA A (H1N1) DIKESAN ( TM )
KES PERTAMA JANGKITAN VIRUS INFLUENZA A(H1N1) DIKESAN
Rakan-rakan sekalian
Pada 26 Jun 2009, TM telah menerima laporan bahawa seorang anggota kita yang bertugas di Menara TM telah disahkan positif jangkitan virus Influenza A(H1N1). Ini merupakan kes positif jangkitan yang pertama direkodkan di TM. Berdasarkan kronologi kejadian, beliau berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut ekoran daripada lawatan kerja di Singapura pada 19 Jun 2009. Setelah mengalami demam selesema selama beberapa hari, beliau akhirnya disahkan positif jangkitan virus Influenza A(H1N1) pada 25 Jun 2009 dan telah menerima rawatan di Hospital Sg.Buloh.
Sehubungan itu, Syarikat telah mengaktifkan ‘Pasukan Persediaan Pandemik’ yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Modal Insan di bangunan Menara TM untuk menangani situasi ini. Antara tindakan awal yang diambil adalah menyediakan kemudahan bilik kuarantin di LG1, Menara TM dan GF, Annexe 2 sebagai langkah pengasingan sebelum dihantar ke hospital. Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian juga sedang giat dijalankan secara berterusan di semua kawasan awam di bangunan Menara TM, Annexe 1 dan Annexe 2. Kami juga telah bersedia untuk menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan bagi menangani situasi bergantung kepada tahap keterukkan isu ini. Pusat Arahan juga telah diarahkan bersedia untuk diaktifkan sekiranya situasi memerlukan.
‘Pasukan Persediaan Pandemik’ akan terus memantau secara dekat perkembangan situasi dan memastikan perlaksanaan pelan tindakan tersebut berjalan lancar serta memenuhi keperluan semasa.
Saya menyeru seluruh Warga TM untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:-
- Elakkan daripada berhubung dengan mereka yang didapati tidak sihat ataupun demam dan batuk;
- Basuh tangan anda dengan sabun secara rapi dan kerap;
- Elakkan daripada menyentuh muka anda, terutamanya hidung dan mulut, dengan tangan bagi mengelak jangkitan;
- Tutup hidung dan mulut anda ketika bersin ataupun batuk, atau gunakan topeng muka;
- Jika anda berada di kawasan yang terlibat, jauhi tempat-tempat perhimpunan orang ramai dan kawasan luar;
- Dapatkan maklumat terbaru mengenai situasi penyakit ini dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak jangkitan;
- Jika anda berkunjung ke negara-negara yang terlibat, dapatkan maklumat mengenai kawasan-kawasan jangkitan dan jauhinya.
Anda juga diingatkan supaya mendapatkan rawatan perubatan daripada klinik terdekat SERTA-MERTA sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda demam dan/atau selsema.
Sekiranya diberikan cuti sakit akibat demam dan selsema, anda digalakkan untuk berehat di rumah selama tiga (3) hari. Jika cuti sakit yang diterima kurang dari tiga (3) hari, pihak Syarikat tetap akan memberikan Pelepasan selama tiga (3) hari (termasuk cuti sakit). Begitu juga bagi anggota TM yang kembali bertugas atau bercuti dari luar negara yang dinyatakan dalam lampiran Status of Countries Reporting Cases Influenza A-H1N1, anda dikehendaki mengambil Pelepasan selama tiga (3) hari sebagai kuarantin kendiri.
Sepanjang tempoh kuarantin kendiri, anda masih dikehendaki menjalankan tugas-tugas rasmi dari rumah.
Kerjasama anda diperlukan untuk memaklumkan kepada pejabat Human Capital masing-masing dengan kadar segera sekiranya anda :
- menjalani kuarantin kendiri atas sebab-sebab yang telah dinyatakan;
- diarah menjalani kuarantin di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan; atau
- dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Influenza A-H1N1.
Pengurusan akan sentiasa memberikan anda perkembangan-perkembangan terbaru. Sila layari laman web di http://1intra/h1n1 sebagai pusat setempat bagi anda mencari maklumat-maklumat penting mengenai H1N1 secara umum dan juga khusus di TM. Anda juga boleh merujuk kepada lampiran, ataupun kunjungi laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik
Salam hormat
DATO’ ABDUL AZIZ ABU BAKAR
Chief Human Capital Officer