Blogger news

Jumaat, Oktober 23, 2009

Tips meluahkan perasaan cinta

***eheheheh..topik ni mesti ramai yg minatkan..heheheh..tips ini dipetik dari: koleksicinta.blogspot.com***
Manusia mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati.
Ia boleh membuatkan seseorg itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.
Bagi yg tak pernah bercinta, pengalaman jatuh cinta ini mungkin sesuatu yg aneh.
Mengungkapkan isi hati pada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.

RANCANG DENGAN MATANG
Kita perlu startegi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.
Utk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya,lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan berbuat demikian jika dia ada tetamu.

-Kenali si dia dengan baik.
Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang memabara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu2.

-Ungkapkan cinta dengan sesuatu.
Ungkapkan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.
Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

-Cari waktu dan tempat romantis
Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.

-Ungkapkan cinta secara langsung.
Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantaraan seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

-Jika berani, ungkapkan cinta didepan umum.
Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok sahaja.

-Siapkan mental
Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.

-Doa sebelum mengungkapkan cinta.
Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.
Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Isnin, Oktober 19, 2009

Bahaya orang ketiga

Org ketiga
Hmm entah la tetibe otak ni terpikir nak menulis tentang orang ketiga..
"Betullah ckp org kan... cinta boleh merubah org baik jadi jahat, orang jahat jd baik. Cuma kdg-kala kita yang tak mahu buka mata luas2... akhirnya tenggelam dalam situasi ciptaan sendiri."
Banyak aku baca artikel tentang org ketiga ni..ada yg sampai bercerai berai/putus hubungan akibat ada org ketiga..
Pulak tu..senang je bagi alasan bila dah bercerai/putus hubungan..’tak de jodoh..’..kalau masalah tu datang apabila kite yg ujudkan nya..takkan sampai tak de jodoh kot…bila perasaan/nafsu menguasai diri..inilah jadinya…kononya nak berkawan..selalu berhubung,kuar sama2,kuar makan sama2, citerkan masalah masing2…last2 jadi lain..memang pada asalnyer niat cumer berkawan..tetapi lama kelamaan perasaan tu boleh berputik tanpa kite sedari…hmmm memang kebanyakan cam tu..pada asalnyer cumer berkawan…senang je mulut berkata2..hahahah..
hmmm…tujuan aku tulis ni bukan ditujukan utk sesiapa..ia juga sebagai peringatan utk diri aku juga….
“kita mampu jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, kita mampu
untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. tetapi, bila kamu sudah
mengetahui dan menyedari yang si dia itu sebenarnya sudah ada seseorang yang
lain, jauhkanlah diri kita darinya. pedulikan segala rasa yang sudah tersemat di
hati kita. kerana kita sebenarnya sudah berada di ambang kekalahan dalam
perhubungan ini. kita sudah mengetahui kedudukan kita sebagai penganggu dalam
satu perhubungan. dan yang mungkin besar dalam hal ini, kita mengetahui sekarang
yang orang kita kasihi dan cintai itu, sebenarnya seorang manusia yang tidak
terikat dalam kesetiaan!
adakah ini yang kita mahukan dalam
kebahagiaan kita?”

"Cinta tiga segi merosakkan hati "
Masalah rumah tangga perlu diselesaikan sendiri pasangan suami isteri tanpa membabitkan orang lain
“JIKA menghadapi masalah rumah tangga, jangan sesekali mencari penyelesaian dengan bercerita kepada ‘orang ketiga’. Ini yang sering menjadi punca rumah tangga menuju kehancuran.
“Apabila pasangan suka bercerita kepada teman sepejabat atau orang lain, akan timbul masalah di kemudian hari dan boleh membawa bercerai-berai,”
kata pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nik Salida Suhaila Nik Salleh.
Beliau berkata, kehidupan hari ini menuntut keperluan material sehingga memaksa isteri bekerja atas dasar membantu mengurangkan beban suami.
Katanya, isteri harus berkongsi segala-galanya dengan suami kerana dalam menggalas tanggungjawab di rumah, kepercayaan dan perkongsian itu harus wujud antara pasangan.
“Sepatutnya, tiada rahsia di antara pasangan. Rasa percaya juga harus ditanam di jiwa masing-masing dengan penuh ikhlas.
“Justeru, apabila berlaku masalah, elak bercerita kepada orang ketiga kerana mungkin timbul simpati pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.
“Ada kes yang berlaku, orang ketiga yang bersimpati menjalin hubungan sulit dengan pengadu sehingga mencetus masalah lebih rumit,”
katanya.
Menurut beliau, Nabi Muhammad s.a.w pernah menghadapi cabaran getir ketika isterinya, Aisyah difitnah berlaku curang oleh golongan munafik sehingga Allah memberi keterangan terhadap peristiwa itu.
Begitu juga Rasulullah pernah menghadapi konflik apabila berlaku persengketaan dan cemburu antara isterinya namun ditangani dengan bijaksana.
Nik Suhaila berkata, cinta adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan ia ada dalam diri setiap insan.
Katanya, bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan.
Bagaimanapun, hakikat percintaan dalam rumah tangga ada kalanya tidak sama. Impian dibina untuk hidup bersama ada kalanya diuji dengan pelbagai cabaran yang menggugat kebahagiaan.
“Jika kita tanam sikap bahawa perkahwinan satu ibadat dan mendapat ganjaran pahala di akhirat, pasangan itu harus tahu batasannya.
“Justeru, dalam melayari kebahagiaan hidup berumah tangga, kebijaksanaan dalam pengurusan masa penting. Sesibuk mana isteri yang bekerja, mereka harus ada masa untuk rumah tangga.
“Tidak ada suami suka melihat rumah tangganya bersepah. Ini kerana mengemas rumah menjadi kewajipan seorang isteri,” katanya.
Nik Suhaila berkata, isteri tidak ‘wajib’ bekerja kerana tugas mereka lebih penting mengurus rumah tangga.
Menurutnya, dalam menjalani tuntutan rumah tangga, suami isteri perlu banyak menimba ilmu termasuk pengajian agama supaya masing-masing mendapat keberkatan.
“Kebijaksanaan pasangan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai sunnah dan sirah Rasulullah pasti dapat dijadikan panduan menangani masalah rumah tangga.
“Jangan buka pekung dalam perkahwinan dengan mengaibkan pasangan atau membuka ruang untuk orang lain mengambil kesempatan,” katanya.
Ditanya sejauh mana usaha mengekalkan rumah tangga itu perlu, katanya setiap pasangan perlu membuat pilihan secara bijak.
“Pilihlah seseorang yang berilmu kerana ia menjamin kebahagiaan hidup.
“Selain bertolak ansur, pastikan pasangan anda ada agama untuk isteri bergantung harapan,” katanya.
Selain itu, Nik Salida turut menyarankan, pemilihan paras rupa juga penting selain nilai sekufu lain yang menjadi impian setiap wanita inginkan lelaki tampan manakala lelaki pula mahukan wanita cantik dan berketrampilan.
[sumber: seripengantin.com]

perkara membuat kita HILANG INGATAN dan TUMPUL MINDA

*fiuhhh lama bebenor aku tak update blog ni...sory yea kawan2..sibuk pon ada..malas pon ada..hehehehe..seperti biasa bukan takde cerita..ada baaaaannnnyakkkk sangat cerita...heheh..
hmm nak letak satu artikel menarik ni..boleh la dijadikan sebagai panduan...*


perkara membuat kita HILANG INGATAN dan TUMPUL MINDA
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........ selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Isnin, Oktober 12, 2009

"It is a great confidence in a friend to tell him your faults; greater to tell him his." -Benjamin Franklin
A true friend is someone who is there for you when they would rather be someplace else. -Len Wein

Selasa, Oktober 06, 2009

gangguan jin

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1.Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2.Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3.Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4.Mimpi yang sangat menyeramkan.
5.Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6.Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7.Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8.Berperasaan sedih pada saat tidur.
9.Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10.Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11.Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12.Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1.Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2.Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3.Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4.Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
1.Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2.Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3.Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4.Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
1.Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2.Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
-Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
-Terjumpa sesuatu di atas tanah.
-Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3.Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4.Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5.Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
6.Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7.Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8.Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9.Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10.Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.
[sumber:http://sg.geocities.com/bomohonline/gangguan.html]

Because Of You

i will not make,
the same mistakes that you did,
i will not let myself,
'cause my heart so much misery.
i will not break,
the way you did, u feel so hard,
i`ve learned the hard way,
to never let it get that far.
because of you,
i never stray to far from the sidewalk,
because of you,
i learned to play on the safe side,
so i don't get hurt.
because of you,
i find it hard to trust,
not only me, but everyone around me,
because of you, i am afraid.
i lose my way,
and it's not too long before you point it out,
i cannot cry,
because i know that`s weakness in your eyes.
i'm forced to fake,
a smile, a laugh, every day of my life,
my heart can't possily break,
when it wasn't even whole to start with.
i watched you died, i heard you cry,
every night in your sleep,
i was so young, you should have known,
better than to lean on me.
you never thought of anyone else,
you just saw your pain.
because of you,
i tried my hardest just forget everything,
because of you,
i don't know how to let anyone else in.
because of you,
i'm ashamed of my life because it's empty,
because of you, i am afraid.
because of you...because of youuu...
~kelly clarkson~

Rabu, September 16, 2009

TAHAJJUD CINTA

yeaa!!!akhirnya album ni dah ada dlm tangan aku..alhamdulillah...
semua lagu best....huhuhuh....~~~
ok la nanti sambung semula..

Selasa, September 15, 2009

Seems like Wonder Girls have been out “partying” at fashion shows & runway this week.
Check out the girls’ outfits, Mickey Mouse themed? @_@[sumber: wonderfulsworld.com]

Isnin, September 14, 2009

drama nur kasih

citer ni memang best...skang tengah popular kat tv3 tayangan jam 9 hingga 10mlm..
aku letakkan soudtrack lagu nur kasih..lagu nur kasih nanyian yassin..best..layannn

sinopsis:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti ...Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya. Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan. Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina. Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur. Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

facebook : http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/pages/Drama-Nur-Kasih/107850046496?ref=nf