Blogger news

Khamis, Jun 16, 2011

apabila dia.........

assalamualaikum dan salam sejahtera,

hellu my dear..

hehehe..meh layan vc ni..nama saya RANA KHALISHA..umur saya........(ku x ingat la pulok..??) meh layann..tapii..maaf la yek..keadaan kat bilik tu agak bersepah sikit..*blush*.(maluuu~~..)





NORA ELENA

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hellu my dear..

hari ni ku mahu post ost dari drama nora elena..hari tamat la citer drama bersiri tersebut..alahai,ada ke lelaki cam seth tan tu????....kalau ku jumpa org seperti tu..alhamdulillah...(heeee...)
okeyy...

OST Nora Elena(@tv3)


-Dan Bila Esok- 



-Berubah-



[sumber:youtube.AsiaMediaContent]


-Asfan - Terhenti Disini-



 Sesuatu Yang Berbeza



[thankyou youtube =)]

Rabu, Jun 15, 2011

Lee Hyori's Potato Pancakes as seen in Family Outing

assalamualaikum dan salam sejahtera...

yummy..cubalah..



[source:youtube.aeriskitchen]

comeynyerrr @_@

assalamualaikum dan salam sejahtera..

olo olo olo..tomeynyeee..anak sape niiii~~~

So Hee’s childhood. Wonder Girls ~@@


So hee’s childhood pictures.
omg
she was really cute LOLOL
I think she hasn’t changed at all.
she was really born pretty girl
she was super pretty when she was young as well =)


Selasa, Jun 14, 2011

meh layan...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

meh layan video ni..kelakar la si mamat ni..


sumber dari youtube : matluthfi90 <---sila klik sini utk dapatkan lai banyak video2 menarik.. =)

[M/V] miss A(미쓰에이) "Love Alone"(러브얼론)

assalamualaikum dan salam sejahtera..

MISS A

Miss A (Korean: 미스에이), commonly stylized as miss A, is a South Korean girl groupcreated by JYP Entertainment through their sub-label AQ Entertainment.






miss A made their official debut in early July 2010. Originally, miss A was announced as a trio consisting of Fei, Jia and Suzy in June 2010. Prior to this, they were widely known to fans unofficially as JYP Sisters. They were a 5-member group in training in 2009, but had gone through several changes, most notably the exit of Hye Lim who joined the Wonder Girls, while two other girls had left. Min had then joined after this, and a name change was issued.



*members*

-FEI (@missA_fei)-








Real name: Wang Fei Fei/왕페이페이 (王霏霏)
Birthday: April 27, 1987 (24; Korean age: 25)
Position: Main Vocalist
Nationality: Chinese
Birthplace: Haikou, Hainan
Language(s): Mandarin, Cantonese, Korean, English
Experience: China Zhejiang TV, Year 2010 Samsung anycall commercial model.


-JIA(@missA_jia)-







Real Name: Meng Jia/멍지아 (孟佳)
Birthday: February 3, 1989 (22; Korean age: 23)
Position: Rapper, Vocalist, Lead Dancer
Nationality: Chinese
Birthplace: Hunan
Language(s): Mandarin, Korean, English
Experience: China Zhejiang TV, Year 2010 Samsung anycall commercial model.


-MIN(@missA_min)-







Real Name: Lee Min Young/이민영 (李敏英)
Birthday: June 21, 1991 (20; Korean age: 21)
Position: Lead Vocalist, Main Dancer
Nationality: Korean
Language(s): English, Korean, minimal Mandarin
Experience: JYP USA trainee for 8 years, Collaboration with American PD Jonathan Smith (Lil Jon).


-SUZY(@missA_suzy)-







Real Name: Bae Su Ji/배수지 (裴秀智)
Birthday: October 10, 1994 (17; Korean age: 18)
Position: Vocalist
Nationality: Korean
Language(s): Korean, minimal Mandarin, English
Experience: Year 2010 Samsung anycall commercial model, a lead actress to the 2011 drama "Dream High" playing Go Hye Mi





(source:http://en.wikipedia.org/wiki/Miss_A)
(credit photo:google search.image)

Ahad, Jun 12, 2011

LEE HYORI

assalamualaikum dan salam sejahtera,

hmm mana nk mulakan eh..

LEE HYORI


aaaaaaaaaaa..kenal tak???huhuhuh..kalu tak minat korea memang tak kenal kot..heee..maaf la post kali ni aku story ckit pasal hyori ni..maaf la kpd bukan peminat2 korea eh..(apa aku ngarot ni)..ok cam ni..


pada asalnya aku tak le minat ngan hyori ni..tapi pada suatu hari aku tertengok satu rancangan ni..yang diberi nama FAMILY OUTING..(adinda bongsu aku le yg suh tgk)..sejak aku tgk rancangan tu aku mula la minat gile ngan si hyori ni...adui..memang kelakarr la dia nih..kekekeke...


Hyori Lee (Korea: 이효리) lahir 10 Mei 1979. Ia adalah dari artis Korea Selatan. Bermuzik di R & B & penyanyi hip-hop dan aktres. Dia berasal dari sebuah artis berkumpulan wanita Fin.KL K-pop, tetapi kini sudah menjadi artis solo. Album pertamanya berjaya (solo), banyak anugerah diterima. Ia telah menjadi penyanyi wanita dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan.


Album Hyori sudah mempunyai 4 album yang bejudul
    * Stylish…E (18 Agustus 2003)
    * Dark Angel (13 February 2006)
    * It’s Hyorish (24 Juni  2008)
    * H-Logic (13 April 2010)
*single*
* Anyclub (feat. Teddy from 1tym)
    * Anymotion (feat. Eric)
    * Anystar (feat Lee Jun Ki & Park Bom)
    * Toc Toc Toc
    * Scolded
    * Don’t Love Her
    * Off the Rec
nak tahu lebih lanjut mengenai beliau..leh la klik kat link2 ni.. ---> fanpage facebook , hyoleesub web , wiki












Hati Yang Tabah


Benar, berkata lebih enak dari melaksana. Memberi pandangan tidak merasa realiti yang sebenarnya. Hanya anda dan Allah yang tahu. Dan Allah tahu segalanya. Apa sahaja rasa yang terlahir hadir dengan izinNya, Allah jualah jadikan itu untuk menguji sejauh mana sayangnya anda kepadaNya. Mintalah bantuannya.
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)


بَلَىٰٓ‌ۚ إِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأۡتُوكُم مِّن فَوۡرِهِمۡ هَـٰذَا يُمۡدِدۡكُمۡ رَبُّكُم بِخَمۡسَةِ ءَالَـٰفٍ۬ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ مُسَوِّمِينَ
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
                                               (Surah Ali-Imran 3 : Ayat 125) 

[dipetik dari :iluvislam.com]

Secret - Starlight Moonlight


[sumber:youtube.crazycarrot270]

assalamualaikum dan salam sejahtera,

hellu my dear,

selamat hari ahad,dan esok hari isnin, hari yang paling tak aku nantikan..*sign*.. huhuhuu..

haaaa...dh  dgr lagu kat atas tu..huhuh cute kan..dance dia pon cute..alahai comey aje aku tgk..

o==[]::::::::::::::::>o==[]::::::::::::::::>o==[]::::::::::::::::>

bagi aku..berdiam diri didepan orang yang kite paling benci @ tak suke bukan bermaksud aku takut dengan dia..berdiam diri tak bermaksud kalah..korang nak ke bercakap dengan orang yang korang tak suke?tentu tak kan  ὸ.ό ..macam tu la jugak dgn aku..buat apa berckp dgn org yg dh tuduh kite ni macam2..menipu la..apa la..apa2 aje la yg tak pernah kite terpikir pon nak buat..and then mende yg dia tuduh2 tu sebenarnya org lain yg buat...huh..pastu senang2 aje minta maaf dan kate tak simpan dalam hati..WHAT!!! <('o'<)...bagi aku biarlah org nak kate apa...aku tau apa yang aku buat..korang tak berada ditempat dan rasa apa yg ku rasa..(walaupon dh lama tapi tetap segar dalam ingatan aku nih) 3:-( .. walaupon ader org kate dia paham..sebenarnya tak... sebab dia bukan diri kite...(korang paham tak ni)(◑.◑)

Isnin, April 18, 2011

tenaga positif

assalamualaikum..

dear my blog,

maaf beberapa hari ni ku tidak update blog ni..
agak sibuk beberapa hari ni..

artikel kali ini memang betol2 terkena kat batang hidung sendirik..mmg selalu ku selalu ada rasa seperti itu..selalu rasa bersalah..nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri..terlalu banyak tenaga negatif...

"Saya Suka Kebaikan dan Saya Mesti Berfikiran Baik!"

meh kite bace sama2 eh....


[sumber:google image]

Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.

Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Saya Suka Kebaikan dan Saya Mesti Berfikiran Baik!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar 'kejar' tahap mereka.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" (At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)"

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"(Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 12)

[sumber: iluvislam.com]