pelikkan..kadang2 apa yg kiter perkatakan atau apa yg kite tuliskan..tanpa kite sedari akan melukakan atau buat seseorang terasa...kenapa cam tu yee..sebenarnya tak bermaksud pon nak lukakan sesiapa.. aku minta maaf..atau dalam bahasa inggeris nyer.."I'M SORRY'...ianya hanya sekadar buat renungan bersama...hmm pelik... dah juge hari ni aku terpksa men'delete' seseorg dlm friend list aku di FB....hmm sory..aku terpaksa..sebab ia boleh mencetuskan lagi kontroversi...hahahahaha..adoi yaaa. ????????????????????????????????
fiuh!!panas tul malam ni..bukan malam ni aje..dah 2 3 malam panas..bahang rasanyer..alhamdulillah malam ni hujan...sejuk ckit dlm rumah ni angin masuk..
[gambar hiasan]
semenjak 2 3 menjak ni aku kerap kali meluahkan rasa tak pueh hati pasal keje..huhuhuh...kadang2 terpikir gak nak tukar kerja lain..hmm maksud aku carik kerja lain..(opsss)..hmmmcm menarik gak kan..mama ngan abah aku pon dah banyak kali suruh aku buat cam tu..tapi aku ini aje yg degil...tak mo carik kerja lain..hmm entah la...pd asalnyer memang aku agak tertekan..(ala biasa la kerja mana tak tension kan)..
[gambar hiasan]
tapi lama2 aku jatuh cinta ngan kerja aku skang ni...aku terima dengan hati terbuka..walaupon kadang2 kene maki..kene macam2 la ngan bos..(dulu la)..tapi aku cube bertahan..alhamdulillah aku masih teguh kat sana..16/2 ni genaplah 4 tahun aku kerja kat tempat skang ni..(lama kan..)..dah ramai org keluar masuk kat tempat keje aku tu..tapi aku aje yg bertahan..(ader la lagi org2 lama 2 3 org)...aku rasa bangga kerana aku dapat bertahan secara fizikal dan mental kerja kat sana..(huh bunyiknyer macam sangat dasyat kan..)..eheh...bayang kan eh..dulu mula2 aku masuk dulu hanya ada 7 org aje dlm opis tu..( 7org tu termasuk aku ngan bos)..tapi skang ni kat dalam 2 ade nak dekat 20 org..bayangkan..begitu ketara jumlahnya..dari 7 org kpd 20..paham2 aja lah kalu dah ramai2 tu..mula la ada bermacam perangai...
[gambar hiasan]
tapi sejak2 akhir ni..entahla..rasa cinta aku pada kerjaya aku dah makin pudar..(cehhh)..betol nih...aku asyik berkira2 aje nak buat sesuatu kerja tu...aku rasa menyampah...meluat..eee semua ada la...nak buat kerja pon dah tak ikhlas...(kenapa ye jadik cam ni)..aku rimas tau..susah nak buat keje...mungkin dah tiba masanya aku mencari sesuatu yang baru...yaaa!!..aku akan mulakan sesuatu yang baru..mungkin dgn perasaan tu aku mula nak carik kerja2 lain.hmmm... semoga KAU berikan aku petunjuk YA ALLAH... hmm agak panjang coretan aku malam ni...nite.
hari hari aku seperti biasa..membuat kerja2 kebajikan..hahahaha..tak de la..apa2 pun ia tetap kerja aku..nak tak nak kene buat gak..cerita kat sesaper pon org memang takkan paham ..mungkin aader yg paham...aku tak kata semua la...hmm apa2 aje la kan
[gambar hiasan]
...bile banyak sangat demand..lama2 org menyampah...jadi aku kene ambil langkah layan aje laaaa....aku mesti bertanggungjawab terhadapp kerja biarpun ia bukan kerja aku...kerja kene dengan ikhlas(tapii..ikhlas ke aku hari ni..hahahahaha)...bile kerja tak ikhlas..cakap pon tunggang terbalik..hahahahaha..adoi laaa..tekanan perasaan tul laaaa....LALALALALALA...semenjak menjak ni banyak luahan pasal kerja..huhuhuh..bengong jap...hmmm tak pe..KERJA LA RAJIN2..dan DENGAN HATI YANG IKHLAS>>>chaiyok chaiyok...~~~
akhirnya aku dah buat kate putus..raser cam besar2 kan perkara ni lak..ngeee..aku setuju aje la tanpa apa2 syarat..huhuh..."apa yg penting..kerjasamaaa...~~"(wonderpet)..kalu di layan jugak hati besi aku ni..purak peranda semua jadiknyerrr....huhuh..takpe la..mengalah aje laaa..~~~...(memang selalu macam ni) maleh nak sesak kan otak aku ngan masalah keje..banyakkkkkkkkkk lagi masalah lain aku nak pikir...(huh letih nak jage perasaan hati org ni)...lebih baik jadik diri sendiri...lantak la org nak kate aper???(letih letih..haiya)...walaupon org kate mende ni sebenarnya tak de masalah..tapi bg aku ia tetap masalah...hmmm entah la...(rasa di pergunakan...what the......)..hmmm tak pe..aku kena berfikiran positif....positif...positif...positif...esok kene kerja dgn hati yg ikhlas dan ikhlas..huhuhu....lagi sekali.."apa yang penting....KERJASAMA...~~~"..yeahhhhh!
haihhhhh!!!aku ni pot pet pot pettttt...raser letih gak..merapu2 cakapnyer..bile dah cakap banyak hari ni rasa cam....hmmm entah la...macam biasa..kalu aku yg suarakan rasa tak pueh hati..pastu aku lak yg rasa bersalah..(huhuh susah tul jadik org baik2 nih..hehehe perasan lak)..haisshhh gedik tul....
haiyoooo aku pon tak tau kenapa hari ni..tapi memang tekanan perasaan aku dibuatnyer...sakit hati!bengang!..itula selalu sangat menjaga hati dan mengalah..ini lah jadinyer..org senang2 nak memperkotak katikkan kite..eeeee..bak kate wawa..aku hari ni dah biolll..hahahahaha...jgn sampai aku ambil tindakan melulu.."apa kau ingat kau tu ada masalah ko leh letakkan kerja engko pada org lain"..eeee memang dah melampau.....arghhhH!!!! aku dah geram nihhhh...."habis tu aku yg selalu ader kat opis..tak penah MC atau datang lewat sesuke hati ko ingat aku ni ader maser ker nak buat keje engkoooo....!!"..huh!!..hampeh!!
oleh: Noraini Abd.Razak(Mingguan Malaysia 31 Jan 2010)
[gambar hiasan]
Orang kata masa bercinta semuanya indah. Bila ditanya, pasangan kekasih pantas memberi ulasan.Kata-kata melankolik dan retorik menghiasi dunia percintaan. ketika itu perkara remeh temeh tidak dihiraukan. Kalau dimarahi kerana terlewat atau terlupa,tidak mengapa. Sedikit rasa marah terubat dengan pujuk rayu.
Di awal percintaan, pasangan kekasih sanggup sehidup semati. Segala sifat buruk disimpan ra
pi. Yang ditampilkan semuanya yang baik-baik. Makan penuh beradap, tutur kata penuh tertib, penampilan pula sentiasa kemas dan kelihatan cantik atau segak.
Segala rahsia percintaan disimpan berbunga di dalam hati. Jika ada yang bertanya akan terpacul susunan ayat seperti ini. Kami serasi, saya telah bertemu pasangan hidup, dia seorang yang penyayang, penyabar dan pelbagai lagi. Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta. Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan. Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.
Sanggup meredah lautan api, jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi, biar pun hujan lebat sanggup saja dituruti . Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesannya akan kekal di situ selagi pokoknya tidak tumbang.
Semuanya boleh dilaksanakan. Tiada yang tidak boleh, tiada yang mustahil, tiada juga halangan. Taburan janji umpama butiran pasir dipantai- tanpa disedari akan ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.
Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti. Lupa, bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan, dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.
[gambar hiasan]
Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar, ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta. segala rasasayang sekelip mata bertukar benci. Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat dihati. Yang dulu serasi bertukar benci,kalau dulu sangat memahami kini semuanya tidak dimengerti.
Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta. Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati. Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru. Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan dengan dunia, kini sebaliknya.
Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati. Semuanya didedahkan, tanpa ada rasa bersalah dan tidak diketahui apa matlamatnya. Mungkin tidak mahu orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.
Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati. Sedangkan sepatutnya apapun yang terjadi – sama ada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta – tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah. Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.
Hakikatnya masam dan manis percintaan mesti diterima. Mendedahkan keaiban bekas kekasih bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah. Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya menambah buruk keadaan. Jika cinta tiada lagi,maka biarkan ia berlaku pergi. Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih. Natijahnya tidak mustahil suatu hari nanti keburukan diri sendiri akan tersebar luas. Bercinta untuk bahagia, tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia. Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas. Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama. Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah. Justeru hakikat cinta mesti diterima. Jika kita sedia utk bercinta maka kita mesti bersiap. Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta, mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.
VALENTINE Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari. Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine. Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat. Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya. Dalam Islam ada tiga kategori kasih: Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya; Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang. Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya: “Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63). Dan tafsirnya lagi: “Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103). Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan. Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya “Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31). Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala. ‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan. Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121) Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar. Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam. Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya: “Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari). Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala. Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13). Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
dipetik dari: [iluvislam] <--- boleh klik kat sini...