Blogger news

Memaparkan catatan dengan label NATRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NATRAH. Papar semua catatan

Isnin, Disember 14, 2009

NATRAH-1

ehemm...ni ader beberapa gambar yg aku amik semalam...(dlm hp aku)
*sebelum kuar umah..tengah bersiap2 ni..*

*masa kat dlm ni....*

kat bwh ni aku amik sebelum masuk..aku sampai IB seawal jam 6.30 lebih kot..huhuhuh...(semangat gilerrrr)...


ahak ahak ahak...time ni la yg paling tragis sekali...tengah2 syok nak amik gambo artis..bateri phone aku habis daa....lalalalalalalaa..(padan muke..)...huhuhu..yg lain2 ada kat hp adik ku.. ^^


*remy ishak dan maya karin*

NATRAH

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
aku baru je pulang dari menonton NATRAH di IB...
hmmm sebenarnya..hmmm..entahla mungkin aku aje yg terasa semacam..macam....ada sesuatu yg tak sampai..tak puas..macam ada tetinggal sesuatu dlm citer ni...hmmm..tapi apa ya..???
tapi tahniah kepada Kak Eirma Fatima pengarahnya..bukan senang nak mengarah kan cerita yg berkisar kan Fakta dan sejarah...
ada satu scene yg paling menyentap hati dan jantung aku ni..semasa keluarga angkat Natrah kalah pada perbicaraan kedua..mengalir air mata aku masa tu...(huhu sedey masa tu).sebenarnya ada lagii..tapi aku tak reti macammn nak olahkan ia menjadi ayat..(huhuhu..ayat apo nihhh..)..

*gambar2 diambil dari sini*

hmm lupe lak nak bg tau...tak sangka DAto' Siti Nurhaliza bersama suami pon ader dtg..alahaiii..cooomeeyynyer,,dek kerana leka tengok dia sampai lupe nak amik gamboo diaa..hahahah..dah la pulak tu bile Dato Siti dah pandang ke arah kami..tapii ye keee dia pandang ke arah kami???hahahaha perasan.. =P (aku ngan adik2 aku laaa..)..tetibe lak diaorg tersipu2 malu..(angah dan nab)....hahahahaa..lawak lawak..tapi gambar dia ader kat kamera adikku lak...gambar jauh.....pastu lak ANNUAR ZAIN pon dtg gak..huhuh..tak lupe gak IMUDA pon ada...pastu ader lagi..lagi laaa lawak...lepas habis pementasan tadi..macam biasa la nak g amik gambar artis2...entah macam mn aku betul2 duk depannnn sekali..huhuhuh..tapi malangnyerr..tepon habis bateri..hahahahahahaa...memang malang...sabo je la kan...
hmm ok la..gambar2 nanti aku upload kemudian..huhuhuh..nak tido dah..selamat malammm.. ZZzzzZZZ

Ahad, Disember 13, 2009

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
hmm memang sejak akhir2 ni aku tak update seperti selalu..sibuk??mungkin kot..sejak dah buat keje baru ni....huhuhuh..semalam seharian aku lepak kat umah..ikutkan nak g opis semalamnya..hmm tapi perasaan maleh telah melanda hati..huhuh..(apo apo aje la...)..
uishhh..malam ni nak g tengok natrah..alahaii tak sabo rasenyer...
ikuti sinopsis kat bwh ni...aku petik dari sini..dan juga boleh bace disini.


sinopsis:

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!