Kalau
rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikir kepada
Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya... - Ustaz
Don Daniyal
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Blogger news
Ahad, Mei 19, 2013
Ahad, Januari 06, 2013
4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
( cr : as tagged )
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…
Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim
Rabu, Januari 02, 2013
10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama
Imam Shafie menyebut bahawa barangsiapa yang ingin
meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara ini:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
( cr : Say Alhamdulillah Thank You
Allah / facebook )
6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi
lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk
tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja
membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.
antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...
via : Himpunan Kedai
Online
Rabu, Disember 26, 2012
Isnin, Disember 24, 2012
Jumaat, Disember 14, 2012
Elakkan Noda Hati

Bak kotoran yang menempel di wajah, ada beberapa noda hati
yang harus dibersihkan daripada wajah hati kita. Perlu dibersihkan segala noda
itu daripada terus menebal di hati agar hati selalu tenang. Dengan hati yang
tenang wajah juga pasti akan nampak awet muda dan berseri-seri
1.
Noda
Buruk Sangka
Tepislah noda ini seawal mungkin. Jangan sesekali
dibiarkan noda ini terus menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan
bekas yang susah sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati.
Basmi noda ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif
terhadap teman atau rakan dakwah
Apabila noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita
akan menjadi seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara
sesuka hati terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya,
kita akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana
menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah saudara.
2.
Noda Cinta
Dunia & Panjang Angan-Angan
Hapuskanlah noda ini dengan menyedarkan diri akan takutnya
kematian yang mungkin datang secara tiba-tiba. Kecintaan kepada hidup didunia
akan menggiring kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan. Diri akan
terjerat dalam sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak
akan bernoktah.
Kerana alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah
senang-senang sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih
berharga. Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung yang
menjulang. Seolah tidak pernah ada kata mati. Hidup dan terus hidup.
Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba masanya jiwa
direnggut dari raga. Tidak pernah terfikir membuat persiapan menghadapi saat
roh terpisah dari jasad.
3.
Noda Bangga
Diri
Bersihkan wajah hati daripada noda ini dengan mengingati
betapa segala yang kita miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap
bahaya yang menimpa sesudahnya. Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang
menimpa sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah
pinjaman daripada Allah. Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
kurniaan yang diberikan kepada kita jangan kemudian
menyebabkan kita menjadi sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa
bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.
Sedarkan hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana
kesombongan hati. Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada
kesombongan yang boleh membawa kepada kehancuran. Kuatkan kesedaran itu, agar
hati selalu tenang. Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi daripada
orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur yang boleh
menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.
4.
Noda
Meremehkan & Kurang Menghargai Orang Lain
Sikap ini sangat penting untuk dibersihkan daripada hati
kita. Kebiasaan masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan
pakaian yang dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan
perhiasan mewah yang menghiasi tubuh.
Noda ini akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri
sehingga bertemu dengan orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah
penampilannya, mereka akan cenderung untuk memandang rendah.
Sekarang cuba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita
pandang. Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar lepasan sekolah pondok? Cuba
jawab dengan jujur
Kita akan mengetahui jawapannya, apakah kita sedang terkena
noda ini atau tidak. Tepislah noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan
mereka. Siapapun dia, dia berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga diperlakukan sama
dengan orang lain.
5.
Noda Dengki
Noda ini memang sangan menular dalam kalangan golongan
remaja. Terutamanya apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan
sesuatu kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan
itu.
“Kenapa bukan saya? Kenapa dia?”
Bersihkan noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT. Syukuri
dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai nikmat terindah.
Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa yang sesuai dengan diri
kita saat ini.
( cr : akuislam.com )
Cara Mengawal Marah: Konsep Pause

( cr: google image)
Konsep pause adalah cara yang baik
bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara
rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala
kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas
merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu
diri menjadi rasionalsemasa marah.
Aplikasi konsep pause mudah sahaja.
Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita
perlu melakukan dua perkara diatas.
Langkah yang pertama, kita perlu
diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan
kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
Langkah kedua yang perlu dilakukan
untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku
perlu marah?
2. Apakah
kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana
pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini
diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita
kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu
akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita
itu.
Sir Walter Scot, seorang pengarang
Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau
benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh
dengan jiwa.
Oleh itu, konsep pause ini sedikit
sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus
perasaan marah yang meluap – luap itu.
( cr : akuislam.com )
Belajar Merendamkan Rasa Tersinggung

(cr : google image)
Salah satu perkara yang selalu
membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya
perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang
lain.
Ketika tersinggung, paling kurang
kita akan sibuk membela diri sendiri, dan akan memikirkan kejelekan orang
yang membuat kita tersinggung itu. Perkara yang paling
membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa
merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali.
Kesan yang biasa ditimbulkan oleh
rasa tersinggung adalah kemarahan.Bila kita marah, kata-kata jadi tidak
terkawal. Stress meningkat. Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak
tersinggung” menjadi satu keharusan.
Apa yang menyebabkan seseorang itu
tersinggung?
Tersinggung seseorang itu timbul
kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik,
tampan, dan merasa berjaya.
Setiap kali kita menilai diri
lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang
sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung.
Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai
diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara
menilai diri.
Teknik pertama agar kita tidak
mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri. Misalnya,
jangan banyak mengingati bahawa kita telah berjasa. Saya seorang guru, saya
seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong
rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, akan makin mudah
untuk membuat kita tersinggung.
Ada beberapa cara yang cukup
efektif untuk merendam rasa tersinggung :
Pertama, belajar melupakan.
Jika kita seorang berijazah maka
lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika
kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini
berkat dari Allah agar kita tidak tamak
terhadap penghargaan.
Kita harus melatih diri untuk
merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang
dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak
mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak
mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah
telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita
akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan
kian sering kita sakit hati.
Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada
kita akan bermanfaat
Kita tidak akan pernah rugi dengan
perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu
sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri
sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan
orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi
dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui
untuk menguji keimanan kita.
Ketiga, kita harus bersimpati.
Melihat sesuatu tidak dari
sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah
berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah
tersebut.
Yang berada di depan berkata, “Oh
indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang
kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang
hanya melihat punggung gajah.
Oleh itu, kita harus belajar
bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu
alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat,
berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan
kesalahan. Ingat!
Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang
peningkatan kualiti diri
Jadikan penghinaan orang lain
kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan
orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW
bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda:
“Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan.
Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan
bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda
perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah
pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat
apakah amalannya.
Selama tiga hari, sahabat
Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang
menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku
adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di
dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara
mukminku.”
InsyaAllah yang lain akan datang
kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada
kita insyaAllah. Pasti.
“Maka disebabkan rahmat dari
Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap
keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah
Ali-Imran ayat 159
( cr : akuislam.com )
Langgan:
Catatan (Atom)