Blogger news

Rabu, Mac 03, 2010

jika aku jatuh hati

"Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi...
Seandainya engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dgn takdirmu
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Ya Allah
Engkau saja yg maha mgetahui "

amin..

Isnin, Mac 01, 2010

ader lagiii niihhhh...hehehehe

assalamualaikum dan salam satu malaysia..


ader lagi nak update nih...aku pon tak tau la..aku ni dah gile nengok tv nih..semua citer aku nengok..lalalala..skang ni pon tengah layan citer SIONG..bestt gakkk..(semuanyer best..ape yg tak best nyer..)..ni ader ckit sinopsis aku copy dari sini..

LAGENDA - SIONG
Mulai 15 feb 2010 (Isnin-Khamis)
Waktu : 4.30 TV3 / 8.30 mlm TV9

Siri terbaru di Lagenda, Siong merupakan adaptasi daripada filem lagenda Raja Bersiong. Kisahnya bermula dengan Raja Wakarima (Helmi Hussain) yang mahu kekal muda dengan menghisap darah manusia tetapi telah berjaya ditumpaskan oleh Arya Mitra (Abu Bakar Juah), pembesar istana. Tubuh Raja Wakarima telah dipasung oleh Arya Mitra dalam keranda untuk memastikan tiada kesan peninggalan Raja Wakarima kekal di kerajaan Pancadi.
Sebelum dipasung dan ditanam, Raja Wakarima telah bersumpah untuk kembali membalas dendam terhadap Arya Mitra dan keturunannya. Raja Wakarima cuma akan bangkit semula sekiranya kerandanya terkena suluhan cahaya matahari.
Selepas 400 tahun, Tajul Zaman (Gambit Saifullah), ialah seorang tokoh konglomerat muda yang suka berfoya-foya. Suatu hari, orang gajinya terhiris jari ketika memasak.
Selepas merasa makanan tersebut, bermulalah sisi gelap hidup Tajul Zaman yang ketagihan darah. Dia mula membunuh wanita-wanita muda yang didampinginya dengan menghisap darah mereka.
Seorang penulis novel misteri, Amzar (Pierre Andre) sedang mengkaji sejarah Negara Pancadi. Bersama kekasihnya, Ria Fajarina (Sheera Iskandar), mereka menjejaki lagenda Raja Wakarima dan menemui peninggalan risalah purba dan wasiat moyang Amzar yang disembunyikan di rumah pusaka.
Barulah Amzar mengetahui tentang sejarah nenek moyangnya. Pada masa yang sama, Raja Wakarima berjaya bebas selepas kerandanya ditemui sekumpulan pekerja buruh. Dendamnya untuk mencari keturunan Arya Mitra bermula.
Tajul Zaman kini beroleh kuasa pada matanya untuk memukau wanita. Dia telah merampas Ria daripada Amzar. Setelah Amzar mengetahui rahsia Tajul sebagai penghisap darah, dia telah bersepakat dengan jelmaan Raja Wakarima iaitu Pak Tua untuk membunuhnya. Namun, hakikatnya tidaklah semudah yang disangkakan. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

aku masih disini lagii...

assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

hari ni aku balik awalllll...hujan lebat...(alhamdulillah..)..pastu nengok citer NA-O-MEI..alahaiii...aku dah kemaruk cite niii...haiihhhh..bahayo ni..hari2 nak balik awal ajeeee...
ni aku letak sinopsis aku copy paste kat sini

SINOPSIS....
Naomei ni sebenarnya adalah nama orang... kisah hidup naomei... Naomei muda- puteri sarah, dia masuk islam nama sudah jadik aisyah naomei. Dalam diam2 naomei bercinta dengan Azhar (Ryzal Dunia Baru). Azhar adalah anak majikan dia. Sebelum Azhar further study, diorang kawin diam2.. n eventually Aisyah mengandung... Azhar dapat berita Aisyah mengandung after dia fly to Aussie.. Then Aisyah berkorban simpan rahsia, but majikan dia dapat detect sebab dia asyik loya2.. Then bawak pergi cek doktor, she is positive mengandung. So majikan dia halau dia.

During the pregnancy period tu, Aisyah Naomei dah pindah ke utara Malaysia, duduk dalam satu rumah usang kepunyaan Maimon (Wan Maimunah) sampailah dia bersalin sendiri dalam rumah usang tu. Esoknya Maimon ke rumah tersebut dan menjumpai Aisyah lalu dibawa balik dan dijaga. Anak yang dilahirkannya itu diberi nama NAOMEI.

Beberapa bulan kemudian, Aisyah nekad mahu bekerja dinegeri lain kerana Moon- adik majikan lamanya sering mengekorinya. Lalu Aisyah meninggalkan anaknya dibawah jagaan Maimon dan Kassim (Kaza). Aisyah berpindah untuk bekerja disempadan. Aisyah dapat kerja disebuah kilang, dan dikilang itu ada seorang supervisor bernama Ayie (Syed Ali) yang menaruh hati kepada Aisyah dan mengajak Aisyah kahwin. Aisyah sebenarnya tak suke Ayie, tapi sebab Ayie ugut yang dia ada simpan satu rahsia Aisyah, dia pun kawin.

Dalam masa itu, NAOMEI anak Aisyah dijaga ibarat anak sendiri oleh kedua-dua suami isteri Kassim dan Maimon.. Dan selepas Aisyah berkahwin, dia terus meletakkan hak jagaan NAOMEI dibawah Kassim dan isterinya. Hasil perkahwinan kedua Aisyah, dia mengandung. Dalam pada itu, Ayie mula menunjukkan belangnya; seorang kaki pukul.. Cukup sembilan bulan Aisyah bersalin anak perempuan dan diberi nama Kamelia.

Berbalik pada Azhar (Ryzal), lepas tiga tahun di Aussie, dia balik n mendapati Aisyah dah tidak bekerja kat rumah dia lagi.. Dia cuba nak cari dan akhirnya mengaku pada parents dia yang diorang dah kawin. Parents Azhar minta Azhar lupakan dan cari perempuan lain untuk dijadikan isteri. Akhirnya Azhar memilih Ann Ngasri sebagai isteri, Ann ( lupalah nama watak) adalah seorang janda anak satu. Anaknya bernama Arman.

salah lagi....

assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

hellu my dear blog..sebenarnyer lame aku tak update ni..cume kelmarin aje aku start update blog ni..banyak perkara terjadi minggu lepas..dengan bebanan kerja nyer..(terbeban ngan kerja org lain)...hari ni pon nyaris2..hhahahaha...sib baik tak jadik..hehehe..

ahaihhh..apsal la hari ni aku rasa susah hati ni..sesak nafas rasernyer nih....

hmm kadang2 aku akan luahkan apa yg aku tak puas hati disini (tapi bukan kadang2..selalu sangat.. =P)..tapi ianya hanya sekadar luahan..salah ker??tak bermaksud apa2...bile ia sekadar luahan maknanya ia takkan disimpan didalam hati...tapi oleh kerana itu ada sahaja org yg terasa atau .... apa2 ajalah...tapi disini aku nak MINTA MAAF kepada sesiapa yg terasa atau terguris dengan catatan aku ini..
psst:aku harap catatan aku hari ni tak mengguris hati sesiapa...

Ahad, Februari 28, 2010

ANTARA






ANTARA neraka dan syurga..ANTARA dosa dan pahala..ANTARA halal dan haram..ANTARA cinta dunia dan cinta akhirat...ANTARA nafsu dan iman...ANTARA realiti dan fantasi...

*************************************************************************************

Sebuah KARYA EIRMA FATIMA dan arahan ELLY SURIATY bersama lakunan hebat NASHA AZIZ, FAHRIN AHMAD, HARYANTO, ANNE ABDULLAH dan lain lain lagi manakala JAMAL ABDILLAH, ZIANA ZAIN, HATTAN, LAN TYPWRITTER, WANA, IQWAL, AHDAN akan hiburkan anda dengan lagu-lagu popular Arjuna, Laskar Cinta, Mentari Di Ufuk Timur, Melawan Ar...us, Istana Menanti, Kepadamu Kekasih, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Pintu Rindu, Meniti Titian Usang dan banyak lagi....

Konsep persembahan ini adalah sebuah Pantomin. Nyanyian dan lakonan akan digabungkan didalam sebuah penceritaan yang menarik. Antara … mengisahkan perjalanan awal kejadian manusia. Nabi Adam (as) dan Hawa. Ia juga akan menyentuh perjalanan kehidupan manusia; dari kelahiran, alam hayat, alam baqa, syurga dan neraka.

Adam dan Hawa memulakan kehidupan mereka di alam syurga, tetapi kerana tergoda dengan hasutan iblis, keduanya terlontar ke bumi. Di alam dunia, iblis terus meraja dan manusia berpalit dengan noda dan dosa. Yang lemah imannya akan hanyut dan tewas, manakala yang kental imannya akan berjaya mempertahankan akidahnya.Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Di alam barzakh segala dosa dan pahala akan diperhitungkan. Dari alam barzakh, manusia akan berpindah ke Padang Masyar dan setiap orang akan melalui titian siratul mustaqim. Amal dan pahalalah yang akan menentukan syurga dan neraka.

*************************************************************************************
assalamualaikum dan salam 1 malaysia

ehemm dah lama rasanyer aku tak update my blog ni..bukannyer apa..oleh kerana sangattt laaaa'rajin' aku ini..hahahahahaaaa....ape nak jadik ni..

hari ni aku ngan adik2 ku pergi menonton teater ANTARA....aku rasa rugi la kalau sesiapa tak pegi tengok teater ni...memang sangat bagus...memang anda tak rugi kalau pergi menonton..pasti ada sesuatu yg anda boleh dapat dan nampak...

Jumaat, Februari 19, 2010

cerita hari ini...

assalamualaikum dan salam 1 malaysia

hari ni aku cuti...yippiiiiii.....lega dan ringan sikit kepala otak ni..tak semak sangat...sibuk ber'FB' aje hari nih..heheheh..main semua game2 yg ader kat dlm FB..pastu aku memasak..fiuhh lama giler tak memasak..( malu eh...)..betol tak tipu nih...tergagap la gak aku memasak tadi...tapi best ar gak aku masak..(puji diri sendirik)..hahahahaha...
kat umah ada ayahlong, maklong dan kak long...(semua long...)..hehehehe..

Rabu, Februari 17, 2010

ader ker???

assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

cuti panjang lepas 24 jam aku asyik duk ngadap laptop adikku ajee...(mujur la dia demam leh ar aku gune jap)..huhuh...dah lama aku tak layan FARMVILLE,PETVILLE dan segala macam game yg ader kat FB tuh semua aku layan ajeee...huhuhu maka berduyun2 la segala macam bonus kat wall aku..hahahahaha..adoiii apa nak jadik nih... [>_<]

[gambar hiasan]

kadang2 bile aku terpikir...ader kawan ke aku ni???hahahah..mana taknyer...hidup seharian aku..keje keje keje kejeeeeeeeee aje memanjang..kawan2 semua aku tinggalkan...[>_<]...kesian kawan2 aku semua.. [-_-]...kesian kat aku gak...hidup tanpa kawan2..memang tak meriah(sedihkan...)....kadang2 aku sedar gak..hmm entahla...lebih suke mendiamkan diri ajee..dann...hmm entahla..susah nak bg tau...kenapa aku macam ni....ader sejarah di sebaliknyer..hmmm...kawan2 sek men aku dulu pon terus aku tinggalkan..(itu pon ader sebabnyer)..bukan aku tak nak bkawan..cume..hmmm entahla..aku nak buktikan pada 'seseorg' tu..yg aku ni boleh hidup tanpa kawan2...sejak tu aku kurang bersosial..(maksudnyer kurang berkawan)..tapi malangnyer 'seseorg' tu tak perasan..malah dikatanya pulak aku ni SOMBONG tak nak bergaul dgn org sekeliling..huh!..adil ker??patut ker???hmmm...sampai sekarang ni aku rasa macam tak de kawan..(kawan budak2 opis aje)...bile aku nak ajak kawan2 kuar jalan2 ker..duk kat kedai mamak ker..sampai aku tak tau nak ajak saper...(terukkan..)..hmm..


[gambar hiasan]


pssttt:kadang2 bukannyer tak de org ajak melepak2 nih...aku aje yg maleh..miahahah..adeii

Selasa, Februari 16, 2010

bersosial bersama adikku..

assalamualaikum dan salam 1malaysia...

pada sabtu bersamaan 13/2/2010..jam...hehehe lupe lak jam brapa..oleh kerana terlalu buhsan dan tak tahu nak buat apa..lalu aku mengajak adik bongsuku g berfoya2(x ajak si tengah sebab dia demam..sian dia)..huhuhuh..g window2 sopping la..(tp abih gak duit =P)..setelah penat ber'window' shopping, lalu aku mengajak adikku makan...makan di secret recipe..(syhhh ini rahsia..)..hahahahah...lama tak belanje dia makan..lepas ni lak kene belanje si tengah lak..(susahnyer jadik kakak sulung nih...hahahahahaaa)..ok laaa..layan aje la gambar2 dbawah ni erk.....


Isnin, Februari 15, 2010

Bisikan rindu

[sumber:youtube]

Ku tahu di hati mu
Kau selindung bisikan rindu
Berlabuh bayangmu menagih kasih sepiku

Kau pernah mu bertamu... See more
Yang telah ku serah hidup seluruhku
Dan hanya dirimu kan ku ingati selalu waktu

Sengketa menjauh kita bersama
Asmara terluka beralah air mata
Ku inginmu selama dengan janji setia
Tanpa ragu berbicara cinta
Kau segala

Ku setegar menunggu
Walau terulang menyayangmu tulusku
Kau pergi berlalu kemaafanmu dambaku

Percaya mu mahu ku begitu ke sisimu
Kutuju bisa abadi bertemu dalam kalbu

Kuingin mu selama dengan janji setia
Tanpa ragu bicara cinta
Kau segala
Kau segala

[sumber lirik: ezone4u.blogspot]

*psssttt:aku dah jatuh chenta ngan citer NA-O-Mei nih..lalala..lagu ni pon best arrr...

Menyesal (ost tasbih cinta)

[sumber:youtube]

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

[sumber lirik: infomusik-board]